Gempar Bukit Aman terbakar
Oleh MALINDA ABDUL MALIK dan
AZZMAN ABDUL JAMAL
KEBAKARAN Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman boleh dilihat dari jarak beberapa kilometer.
KUALA LUMPUR – Kaki lima
tingkat 10 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terbakar dalam satu kejadian
di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.10
malam itu, hanya beberapa dokumen serta buku-buku yang diletakkan di kaki lima
pejabat pentadbiran Jabatan Siasatan Jenayah itu musnah dijilat api, namun
tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Penolong Pengarah Operasi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya
bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.20 malam.
“Empat jentera dari Balai Bomba
dan Penyelamat Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa dengan kekuatan seramai 24
pegawai dan anggota tiba ke lokasi pada pukul 7.37 malam.
BEBERAPA dokumen milik Jabatan
Siasatan Jenayah hangus terbakar dalam kejadian pada pukul 7.10 malam tadi.
“Sebaik tiba di tempat
kejadian, api sedang marak. Bagaimanapun, kami berjaya mengawal keadaan
kira-kira 10 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, punca kejadian
masih dalam siasatan.
Pada masa sama, kebakaran itu
turut menarik perhatian orang ramai selain menjadi viral dalam media sosial.
Kebakaran di bangunan setinggi
30 tingkat itu dapat dilihat dari jarak sejauh beberapa kilometer.
Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya mengesahkan kebakaran yang berlaku
di tingkat 10 menara 2 Bukit Aman.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3hNrx9aZG
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment