Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
NAJIB (tengah) mengumumkan
rombakan Kabinet yang melibatkan pengguguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana
Menteri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. Turut hadir ialah Ahmad
Zahid (kiri) dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
PUTRAJAYA – Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan empat menteri lain dalam rombakan Kabinet selepas mendapat perkenan
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Dalam rombakan Kabinet yang
berkuat kuasa hari ini, Najib mengumumkan jawatan Timbalan Perdana Menteri akan
diambil alih oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga mengekalkan
jawatan Menteri Dalam Negeri.
“Keputusan menggantikan Tan Sri
Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa saya lakukan
agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.
“Sebagai anggota Kabinet,
perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka
yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.
“Ia juga bertentangan dengan
konsep tanggungjawab bersama Kabinet,” katanya ketika mengumumkan rombakan
Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini yang turut disiarkan secara langsung
menerusi TV1.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0729&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3hFsk7Nkg
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment