PENYERANG Johor DT, Figueroa
(dua dari kanan) tidak akan membiarkan PDRM pulang dengan kemenangan pada aksi
Liga Super di Larkin malam ini.
PENYERANG Johor Darul Takzim
(Johor DT), Luciano Figueroa yakin dapat menewaskan Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam
ini.
Walaupun mereka pernah
dimalukan oleh PDRM 0-1 pada aksi pusingan pertama liga, 14 Februari lalu,
pemain yang berasal dari Argentina itu bertekad mahu menebus kekalahan tersebut
dengan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri.
“Jika dilihat daripada segi
statistik perlawanan antara Johor DT dan PDRM pada pusingan pertama di Stadium
Shah Alam, 14 Februari lalu, kami menguasai keseluruhan perlawanan tetapi
banyak peluang di sia-siakan.
“Jadi, pada aksi kedua ini,
sudah pasti ia menjadi peluang terbaik buat kami melunaskan kekecewaan lalu,
sekali gus meraih kemenangan.
“Apa pun saya sedar, pergerakan
saya akan dikawal rapi barisan pertahanan pasukan lawan, namun saya yakin
rakan-rakan sepasukan sudah bersedia memberi kerjasama dalam misi kami memburu
kemenangan,” katanya.
Bagaimanapun dalam keghairahan
memburu kemenangan, Figueroa mahu rakan-rakan sepasukan berwaspada dengan corak
permainan PDRM yang tidak boleh dijangka, malah mampu melakar kejutan.
Dia menambah, Johor DT tidak
boleh lagi keciciran mata selepas seri 1-1 dengan Pahang, Sabtu lalu dan
kemenangan ke atas PDRM amat penting bagi memastikan kedudukan mereka dalam
liga tidak terjejas.
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3esNtVpHm
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment