RONALDINHO (depan) menjaringkan
gol pertama ketika membantu Pilihan Malaysia mengikat Liverpool 1-1 pada aksi
persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.
HAJAT lebih 50,000 peminat
Liverpool untuk menyaksikan skuad The Reds kesayangan mereka mencatat
kemenangan tidak kesampaian apabila ia sekadar seri 1-1 pada aksi menentang
Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.
Keputusan itu disifatkan
sebagai penebus maruah buat skuad negara bimbingan Dollah Salleh selepas
menyaksikan Harimau Malaya yang dibimbing bekas jurulatih, Datuk K. Rajagobal
tewas 3-6 kepada The Reds pada tahun 2011.
Dollah sudah pasti menjadi
individu paling gembira kerana mengotakan janjinya mahu mengelak menjadi
pasukan belasahan sepanjang kunjungan wakil-wakil Liga Perdana England ke
negara ini.
Pilihan Malaysia terlebih
dahulu menggegar gawang skuad bimbingan Brendan Rodgers menerusi jaringan
Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-13.
Bagaimanapun, kegembiraan skuad
kebangsaan yang turut dibarisi lima pemain import Liga Malaysia tidak bertahan
lama apabila The Reds menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jordon Ibe pada
minit ke-28.
Sebelum berkunjung ke Malaysia,
Liverpool berjaya menewaskan pasukan Pilihan Thailand 4-0, Brisbane Roar (2-1)
dan Adelaide United (2-0) sebelum bertemu Pilihan Malaysia pada Jelajah Asia
2015.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3gsrqblGW
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment