Manchester, United Kingdom:
Raheem Sterling muncul pemain termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris
selepas menandatangani kontrak lima tahun bersama Manchester City dari
Liverpool.
Pemain berusia 20 tahun itu
melengkapkan perpindahan ke kelab yang menjuarai liga pada 2014 itu selepas
melepasi ujian perubatan dengan nilai berpindahan £44 juta (RM261 juta) atau
berkemungkinan boleh mencecah sehingga £49 juta (RM291 juta).
“Sudah tentu saya gembira dan
inilah detik manis untuk saya serta keluarga.
“Saya lega kerana
segala-galanya sudah berakhir dan tidak sabar untuk turun beraksi di atas
padang,” katanya di laman web rasmi kelab itu.
“Perkara paling menggembirakan
saya ialah kelab baru ini mempunyai antara barisan pemain terbaik dunia dan
berupaya untuk memenangi kejuaraan,” katanya lagi.
Detik perpindahan itu bermula
selepas Sterling tidak menyertai Liverpool untuk aksi jelajah Thailand,
Australia dan Malaysia.
Pengurus City Manuel Pellegrini
berkata, beliau berbangga kerana dapat mendapatkan antara penyerang terbaik
dunia ketika ini.
Pengendali dari Chile itu
berkata: “Dia adalah seorang pemain muda yang mempunyai kebolehan luar biasa.
Saya pasti penyokong Manchester City gembira melihat aksinya di atas padang.”
Laman web rasmi Manchesteri
City mengeluarkan kenyataan: “Manchester City gembira untuk mengumumkan Raheem
Sterling sudah menyertai kami dengan kontrak lima tahun.”
“Perpindahan pemain Inggeris
berusia 20 tahun itu adalah rekod perpindahan tertinggi untuk seorang pemain
Inggeris.”
Sterling memecahkan rekod
perpindahan tertinggi untuk pemain Inggeris yang dipegang Andy Caroll sebelum
ini iaitu sebanyak £35 juta (RM208 juta) ketika berpindah dari Newcastle ke
Liverpool.
Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:05 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/64522#sthash.1De2JrJn.dpuf
No comments:
Post a Comment