MOHD FAHMI ISMAIL
6 Julai 2015
Masa terbaik Kedah teraju Liga
Perdana
Pemain Lang Merah perlu
konsisten jika mahu mencabar kejuaraan Liga Perdana musim ini.
"JIKA mengatasi T-Team,
kami boleh muncul sebagai pendahulu Liga Perdana yang baharu.
Demikian kata pertahanan Kedah,
Sabree Mat Abu yang optimis melihat rakan sepasukannya mencipta kemenangan di
gelanggang lawan menjelang kempen liga pada malam esok.
Menurut Sabree, dengan momentum
cemerlang dipamerkan skuad Lang Merah sejak kebelakangan ini, tidak mustahil
tiga mata mampu digapai jika aksi konsisten dikekalkan.
"Saya yakin kemampuan
rakan sepasukan dan tonik diperturunkan jurulatih (Tan Cheng Hoe). Ini peluang
Kedah naik takhta liga walaupun tahu T-Team bukan calang-calang pasukan.
"Apa yang penting, terus
fokus dan ikut arahan jurulatih," katanya ketika dihubungi.
Begitu pun, bekas pemain PDRM
itu tidak dapat membantu memerah keringat atas padang memandangkan masih
menjalani latihan pemulihan di Institut Sukan Negara (ISN) gara-gara kecederaan
di bahagian tendon betis.
Skuad Lang Merah kini menghuni
tangga kedua liga hasil sembilan menang dan empat seri.
SUMBER-SINAR HARIAN 6.7.2015
No comments:
Post a Comment