Ad

Friday 10 July 2015

`Lawan Micronesia jika Malaysia ingin baiki ranking'

JUMAAT, 10 JULAI 2015 @ 7:05 PM

KUALA LUMPUR: BH Online menerima banyak maklum balas daripada pembaca mengenai kemerosotan kedudukan pasukan kebangsaan dalam senarai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan semalam. Menerusi media sosial Facebook, majoritinya melahirkan rasa tidak puas hati dengan prestasi pasukan bimbingan Dollah Salleh itu disamping mengemukakan pelbagai cadangan bagi membantu kembali bangkit. Tidak kurang juga secara sinis membandingkan kemerosotan itu dengan pelbagai perkembangan yang berlaku di negara ini, selain secara terbuka tidak puas hati langsung dengan pencapaian berkenaan.

       Satu komen yang mencuri perhatian, apabila pembaca itu mencadangkan supaya skuad Harimau Malaya bertemu dengan pasukan dari Kepulauan Pasifik, Micronesia, jika ingin mencatat kemenangan bergaya dan sekali gus dapat perbaiki ranking dunia. Pasukan Micronesia sebelum ini menjadi tumpuan dunia, apabila tewas 46-0 kepada Vanuatu, pasukan ranking ke-200 dunia pada temasya Sukan Pasifik, sekali gus muncul sebagai aksi paling banyak mencatatkan jaringan bolos di dunia. Sebelum itu, pasukan berkenaan juga dibelasah dengan jumlah gol luar biasa iaitu 30-0 kepada Tahiti yang berada di ranking ke-182 dan 38-0 kepada Fiji yang berkedudukan ke-195 dalam senarai FIFA.

      Secara keseluruhannya sebanyak 114 gol dilepaskan Micronesia dalam hanya tiga aksi tanpa sebarang balas. Semalam, BH Online melaporkan kedudukan pasukan bola sepak kebangsaan terus merosot dalam senarai ranking terbaharu FIFA. Mengikut maklumat terkini badan induk bola sepak dunia itu, kedudukan Malaysia pada ketika ini adalah di tempat ke-168, merosot enam tangga berbanding sebulan lalu. Anak buah Dollah hanya mengumpulkan sebanyak 117 mata, kurang empat berbanding sebelumnya. Sebanyak 209 pasukan disenaraikan dalam ranking berkenaan. Bagi kawasan Asia pula, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-34 daripada 46 pasukan yang disenaraikan. Kemerosotan pasukan kebangsaan itu adalah berpunca daripada kekalahan besar, 6-0 kepada Palestin selain 1-1 dengan Timur Leste pada kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Bukit Jalil.


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/67057

No comments:

Post a Comment