Ad

Thursday 9 July 2015

Dortmund tundukkan JDT dalam aksi persahabatan di Larkin

JUMAAT, 10 JULAI 2015 @ 12:15 AM

Oleh Rizar Mohd Noor rizar@bh.com.my
 PEMAIN Borussia Dortmund, Kagawa Shinji (dua dari kanan) diasak pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Borussia Dortmund, pada perlawanan persahabatan, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin JOHOR BAHRU: Borussia Dortmund menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT), 6-1, dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, dekat sini, yang berakhir, sebentar tadi.

      Kelab gergasi Jerman itu mendahului juara Liga Super itu, 3-1, di separuh masa pertama. Kira-kira 12,000 orang menyaksikan aksi persahabatan ini. Ini adalah kunjungan kali pertama juara lapan kali Liga Jerman atau Bundesliga itu ke sini. Ia diadakan menerusi program Jelajah Asia 2015 sempena pra musim bola sepak Eropah. JDT dan Dortmund sebelum ini sudah mengikat perjanjian kerjasama dalam pembangunan bola sepak di Johor.

       Sebelum ke sini, kelab berkenaan turut singgah di Tokyo, Jepun untuk aksi persahabatan bertemu kelab Liga J, Kawasaki Frontale yang berkesudahan mereka menang, menang 6-0. Siang tadi Dortmund menghadiri sesi bertemu peminat di dua kedai sukan di bandaraya ini. Pagi Jumaat mereka akan ke Singapura untuk meneruskan jelajah Asia di negara jiran itu. KEPUTUSAN JDT 1 (Gary Steven Robbat m-39) BORUSSIA DORTMUND 6 ( Ilkay Gundogan m-21, Pierre-emerick m-30, Kevin Kampl m-33, Shinji Kagawa m-74, Jeremy Dudzak m-82 dan Marco Reus m-89)


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/66935

No comments:

Post a Comment