Sistem pemerintahan beraja
mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal
oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang.
England berada dalam pemerintahan sistem beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi.
Raja Henry VII telah mengasaskan sistem beraja mutlak pada tahun l485 dan
pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603. Pemerintahan sistem
beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603 sehinggalah
berlakunya Revolusi Cemerlang di England.
Sistem pemerintahan beraja mutlak
memperlihatkan raja mempunyai kuasa dalam segala hal dan raja menguasai pemerintahan
negaranya. Raja England berpegang Pada prinsip doktrin kuasa suci raja atau
Devine Right of King'.Raja mendakwa bahawa mereka hanya menjawab kepada Tuhan
dan bukannnya kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di parlimen.
Ini bermakna semua institusi pemerintahan
seperti parlimen, mahkamah, dan gerejadiwujudkan untuk berkhidmat kepada raja
dan bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.Oleh itu, perbuatan ,raja tidak
boleh ditentang walaupun raja bertindak zalim. Kezaliman raja adalah untuk
menghapuskan kejatatan manusia. Oleh itu, rakyat perlu patuh dan taat kepada
raja.Dasar ini dapat dilihat semasa pemerintahan Raja fames I (1603 -1625 ) dan
Raja charles I (1625 -1649).
Kekuasaan raja juga
diperlihatkan dengan penguasaan ekonomi. Buktinya, semasa pemerintahan Raja
James I yang memberi hak monopoli dan keistimewaan kepada syarikat yang
disukainya. Hal ini menyebabkan syarikat tersebut dapat memonopoli kegiatan
perdagangan dan perniagaan raja James I mempunyai hak dan kuasa dalam soal
pungutan cukai dan kewangan. semasa pemerintahan Raja charles I, baginda
memperkenalkan pelbagai cukai dan menubuhkan pelbagai agensi pemungut cukai.
Baginda turut terlibat dalam urusan ekonomi secara langsung dengan menjual hak
monopoli barangan pengguna seperti arak, sabun, dan garam dengan harga yang
mahal.
Raja juga bertindak menguasai parlimen
dalam pemerintahannya.Sistem pemerintahan di England menyaksikan bahawa
pemerintahan raja-raja Dinasti Turdor berpegang kepada Magna Carta, iaitu
sebuah piagam politik yang mengawal kuasa raja. Namun, raja-raja Tudor yang
memerintah England berjaya mengawal dewan Parlimen.
Pada era pemerintahan Dinasti Stuart,
Raja James I telah membubarkan parlimen dan Raja charles I pula telah
membelakangi parlimen dalam soal pungutan cukai. Baginda menahan mana-mana ahli
parlimen yang membantah tindakan baginda serta meletakkan tentera di sekeliling
rumah ahli parlimen yang menentangnya. Raja charles I turut membubarkan
parlimen dan menjalankan pemerintahan secara mutlak selama 11 tahun tanpa
parlimen.
Raja juga berkuasa dalam bidang
keagamaan. Semasa pemerintahan Raja Charles I, baginda bertindak melantik
Bishop Besar Wiliam Laud sebagai ketua gereja kebangsaan. Raja Charles I telah
mengubah beberapa dasar keagamaan. Antara dasar keagamaan yang dilonggarkan
ialah sekatan undang-undang yang dikenakan terhadap penganut mazhab Katolik.
Bishop Besar juga mengenakan sekatan dan memperketatkan larangan terhadap
golongan puritan untuk menjalankan aktiviti dan kepercayaan mereka.
Sistem pemerintahan beraja di England
tamat apabila berlaku Glorious Revolution dan peralihan kuasa. Menerusi
Glorious Revolution, Raja James II disingkirkan daripada takhtanya dan diganti
oleh Mary II serta suaminya William of Orange. Selepas itu, sistem beraja
mutlak di England berubah menjadi sistem raja berperlembagaan
No comments:
Post a Comment