Terdapat
beberapa bentuk kerajaan dan pemerintahan yang diamalkan di seluruh dunia.
Secara umumnya, ada dua bentuk kerajaan yang boleh dipilih untuk melaksanakan
pemerintahan sesebuah negara iaitu kesatuan dan persekutuan' Pemerintahan
kesatuan biasanya memusatkan kuasa pentadbiran di dalam suatu sistem tertinggi.
Tetapi pemerintahan persekutuan adalah satu bentuk pemerintahan yang
membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan.
Pada 4 lulai
1776 Kongres dalam persidangan yang diadakan di phitadelphia meluluskan
Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah ditulis oleh
Thomas ]efferson' Melalui pengisytiharan ini, 13 tuah koloni digabungkan
menjadi Amerika Syarikat yang merdeka
Umumnya,
terdapat beberapa faktor yang mendorong pembentukan pemerintahan persekutuan.
Antaranya ialah pertahanan sesebuah negeri yang lemah, kedudukan yang lemah
untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan sukarela menyertai negara persekutuan.
Antara negara yang mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan adalah Amerika
Syarikat. Kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dibentuk oleh 13 buah negeri
yang pernah menjadi koloni British.
Di dalam
sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada
keraiaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa
masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.
Pada awalnya Artikel Persekutuan yang digubal selepas
Amerika Syarikat bebas daripada British menjadi panduan dalam pembentukan
negara Amerika Syarikat. Malangnya artikel ini tidak mampu mewujudkan sebuah
kerajaan yang kuat. Hal ini berpunca daripada pembahagian kuasa yang sedikit
kepada kerajaan persekutuan. Secara tidak langsung kekurangan ini menjadikan
Amerika Syarikat sebuah negara yang lemah dan tidak mampu untuk menjalankan
projek-projek pembangunan di samping tidak mempunyai sumber kewangan yang tidak
mencukupi. Kerajaan persekutuan terpaksa bergantung kepada sumbangan kerajaan
negeri sebagai sumber ekonomi. Pada peringkat ini juga kerajaan persekutuan
tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan dengan negeri-negeri ataupun negara
lain.
Oleh yang
demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan
tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat. Walaupun perdebatan
hangat telah terjadi, namun satu persetujuan telah dicapai dalam kalangan 13
buah negeri iaitu pembentukan Perlembagaan Amerika. Perlembagaan ini
memperuntukkan perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan,
cukai dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat.
Perlembagaan
ini turut memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang
berkaitan adat dan budaya tempatan mereka serta memberi kerajaan persekutuan
kuasa yang lebih besar. Manakala,perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan
terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Menjelang 1788,
sembilan buah negeri telah mengesahkan perlembagaan tersebut. Namun begitu,
oleh kerana pengaruh pihak antifederal, negeri New York masih belum dapat
mengesahkan perlembagaan tersebut.
Walaubagaimanapun hasil usaha golongan federalis seperti Alexander
Hamiltory John Jay, dan James Madison dengan menerbitkan buku The Federallsf,
akhirnya New York mengesahkan menyokong Perlembagaan Amerika.Walaupun golongan
federalis berjaya mendapatkan sokongan awam, namun timbul beberapa masalah yang
perlu ditangani kerajaan persekutuan seperti had kuasa dan pemeliharaan hak
rakyat dan kedaulatan negeri-negeri.
Bagi
mengatasi masalah ini, beberapa pindaan perlembagaan telah dibuat. Pindaan ini
membolehkan kerajaan persekutuan membuat kepufusan berkenaan mata wang,
pengisytiharan perang, mengenakan cukai kepada rakyat, menggubal undang-undang
kehakiman dan menguasai perdagangan. Perlembagaan Amerika juga menggariskan
badan-badan yang memerintah negara bagi melindungi negara dari sebarang
unsur-unsur authoritarian dan radikal.
Perlembagaan
telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagian
iaitu Eksekutif,Perundangan dan Kehakiman. Kuasa Eksekutif diterajui oleh
Presiden. Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Badan perundangan pula
adalah Kongres yang terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kongres
berfungsi untuk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden
Amerika Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan
mengawal kongres.
Namun begitu,
melalui dua pertiga undi kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto
Presiden. Badan Kehakiman pula adalah Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah
lain. Badan ini merupakan badan yang bebas. Seterusnya, pilihan raya pertama
bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan selepas pilihan raya
tersebut George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat
yang pertama.
Kesimpulannya pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika
Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang berkesan untuk menggabungkan
negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British. Kerajaan persekutuan dilihat
memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama, hak dan
kebebasan peribadi rakyat tidak diusik. Keadaan ini sekali gus, dapat membantu
Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa ekonomi dan politik dunia.
No comments:
Post a Comment