Ad

Showing posts with label SEJARAH STPM P3. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH STPM P3. Show all posts

Sunday, 16 October 2016

FOKUS STPM P3 2016 konsep dan hierarki pembesar pada abad ke-19

1.1.2 Pembesar
a)konsep pembesar.
      Istilah pembesar merujuk kepada mereka yang dilantik oleh raja untuk memegang sesuatu jawatan dalam pentadbiran kerajaan dengan diberi tugas-tugas tertentu untuk dilaksanakan. Perlantikan ini bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pentadbiran yang teratur serta menjamin keselamatan dan kemakmuran negeri secara berterusan. Sistem pembesar adalah sebahagian daripada struktur pemerintahan yang terdapat di Negeri-negeri Melayu. Sistem ini digubal berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan diikuti oleh hampir semua negeri di Tanah Melayu, kecuali Negeri Sembilan. Meskipun begitu, gelaran pembesar yang digunakan berbeza antara negeri dengan negeri yang lain.[1]

Hierarki pembesar di Tanah Melayu pada ke-19.
      Pada umumnya, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pembesar yang berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Pembesar Empat dibantu oleh Pembesar Lapan . Manakala Pembesar lapan dibantu oleh Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.[2]Sistem ini diwarisi daripada  pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, bukan sahaja mempunyai persamaan dari segi struktur politiknya, tetapi juga termasuk gelaran jawatan pembesar. Negeri-negeri seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah derigan jelas mengikut Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka.

       Sementara itu di negeri-negeri lain, sistem pembesarnya tidak banyak berbeza dengan sistem yang diamalkan di Melaka, kecuali dari segi gelaran pembesar-pembesarnya sahaja. Sebelum wujudnya sistem beraja dan institusi kesultanan, di negeri Kedah, misalnya terdapat dua orang pembesar yang bergelar Tun Dermadewa dan Tun Perkasa. Berdasarkan sistem beraja, gelaran pembesar yang biasanya digunakan ialah Bendahara, Laksamana, Temenggung,Maharaja Lela, Menteri, Seri Raja dan Seri Dewa. Bendahara merupakan pegawai yang utama dalam struktur politik negeri Kedah. Walaupun begitu, tidak semua negeri-negeri di Tanah Melayu mempunyai sistem pembesar yang sama.[3]
SISTEM PEMBESAR DI PERAK
Negeri Perak adalah antara negeri Melayu yang mempunyai bilangan pembesar yang ramai. Pada umumnya corak politik di negeri Perak hampir sama dengannegeri Melaka. Namun, perbezaan yang ketara ialah dari segi kedudukan pembesar yang dibahagikan kepada Sistem Pembesar Empat Lipatan. Gelaran pembesarnegeri terbahagi kepada empat peringkat, iaitu Orang Besar Empat,Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.Antara para pembesar ini, Orang Besar Empat adalah pembesar yang paling berkuasa. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja,Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Jawatan Bendahara suatu ketika pernah dijadikan satu jawatan diraja, iaitu dalam tingkat ketiga selepas Raja Muda dengan gelaran Tuanku Raja Bendahara Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir. Nama jawatan tersebut telah


[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000), (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.,2014),5.
[2] Ibid.,7.
[3] Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003),21.

Saturday, 15 October 2016

FOKUS STPM P3 2016 Undang-undang 99 Perak

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu tradisional.Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900 apabila digantikan dengan undang-undang lain, iaitu bab Federated Malay States (FMS) 197.

Para pengkaji sejarah bersetuju bahawa Undang-undang 99 Perak bukanlah undang-undang yang digubal dan berasal dari Perak tetapi dibawa dari luar. Dipercayai bahawa undang-undang tersebut dibawa oleh Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin marhumTiurah Abang (1577 - 1584) dan Tuan Syed Abdul Majid sebagai menterinya. Teks Undang-undang 99 Perak disalin semula oleh Syed Jaafar  bin Syed Unus dengan membuat perubahan bersesuaian dengan masyarakat Perak.

Undang-undang 99 Perak memperlihatkan format undang-undang yang tersusun dalam bentuk soalan dan jawapan antara Raja Nasruan Adil dengan menterinya, Khoja Berza Amir Makim. Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa, dan kompromi dalam Undang-undang 99 Perak.

Undang-undang Perak dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang dalam pelbagai aspek.Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai sistem kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa berlaku dalam masyarakat pada zaman tradisional. Oleh demikian, Undang-undang 99 Perak dapat dijadikan bukti gambaran masyarakat Melayu tradisional dan tamadun Melayu di Perak.

Prinsip-prinsip umum
(a) Penzinaan
(i) Fasal 6
Hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang.
Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas)' Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi dia akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
(ii) Fasal 50
Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina.
Fasal 50 adalah tentang penzinaan jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar, denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.
(b) Perkahwinan
(i) Fasal 65
Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkanbersama  selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing.
(c) Pembunuhan
(i) Fasal 23
Hukum membunuh - pembunuhan sesama orang Islam.
Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang
membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
(ii) Fasal 4
Hukum membunuh - orang kafir membunuh orang Islam.
Fasal 4 memperuntukkan seorang kafir membunuh seorang Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh balas kerana jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir tersebut memeluk Islam. Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga simati.
(d) Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar
(i) Fasal 24
Protokol istana
Di bawah Fasal 24, seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau Pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau Pembesar.
(ii) Fasal 77
Peraturan raja
Fasal 77 menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah di negeri tersebut mangkat,maka takhta pemerintahantersebut akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya' Jika tiada'
maka anak raja yang umurnya paling kecil akan mewarisi takhta.
raja tersebut. Berdasarkan undang-undang tersebut, syarat utama bagi anak raja untuk mewarisi takhta pemerintahan ialah anak raja tersebut mesti anak gahara, iaitu anak yang dilahirkan oleh
raja dan permaisurinya daripada golongan diraja.
Peperangan
(i) Fasal 74
Fasal 74 menyatakan sekiranya sesebuah negeri ingin berperang dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran,
mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang
pemimpin yang mendapat sokongan ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang.
Pembahagian harta
(i) Fasal 33
Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta simati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pingganmangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah
padi, atau lombong diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki mendapat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan
dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.
Hal ehwal di kampung
(i) Fasal 2l
Fasal 21 mengatakan jika penduduk kampung mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu kesalahan dari segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak
boleh dijatuhkan hukuman dari segi denda. jika orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua, baharulah pesalah itu boleh diambil tindakan yang sesuai.
Orang dagang
(i) Fasal 51
Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk ke dalam kampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak dibenarkan atau dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup hingga satu kali pada satu malam, mereka dianggap bersalah.
Hal ehwal agarma
(i) Fasal 58
Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau khatib ialah
mempunyai sifat mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah-payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang awal masuk ke masjid pada hari ]umaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.
Hakim/ Kadi
(i) Fasal 79
Fasal 79 manyatakan syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia.
(k) Perlembagaan
(i) Fasal 99
Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja dengan pembesar serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar.Raja mesti memberitahu semua perkara s:una ada baik atau
buruk kepada pembesar-pembesar baginda. Begitu juga dengan pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala perkara baik dan buruk kepada raja.
(l) Ternakan / tanaman
(i) Fasal 14
Ternakan Fasal 14 mengatakan jika binatang itu dicederakan oleh orang lain' hukumannya ialah orang yang mencederakan binatang itu perlu membayar separuh harga binatang tersebut kepada tuan Punya binatang tersebut. ]ika seseorang itu memelihara binatang yang haram dan binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya ialah binatang itu akan dibuang dan tuan binatang tersebut perlu membayar sepaha emas kepada orang yang dicederakan oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada waris simati dan tuan punya binatang tersebut perlu membayar denda sebanyak setahil sepaha emas. |ika binatang yang haram mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal dunia, maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda sebanyak sepaha emas sahaja.
(ii) Fasal 15

Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi, walaupun tuan punya tanaman itu tidak meminta sebarang pampasan, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak sepaha emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar harga tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha emas.

Thursday, 13 October 2016

FOKUS STPM P3 2016 BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
TEMA 1 Masyarakat
1.1.2 Pembesar –konsep, hirarki dan peranan pembesar
2.Pembesar di Vietnam.
1.2 Sistem sosial di Vietnam dan Indonesia  pada abad ke-19.
Menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat.
1.Menerangkan ciri-ciri ekonomi tradisional Indonesia.                                                                                                                            
2.menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial.
i.menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial di Vietnam.
TEMA 2.Trasfomasi masyarakat.
2.1 Peluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing.
1.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Indonesia.
2.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Myanmar.
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing di Indonesia dan Myanmar.
Menganalisis sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing.
1.Penentangan terhadap kuasa asing di Indonesia
2.Penentangan terhadap kuasa asing di Myanmar.
Menilai peranan tokoh
1.Diponegoro
2.Thibaw.
2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran,ekonomi dan pendidikan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
2.membincangkan perkembangan ekonomi di Myanmar.
3.membincangkan  perkembangan pendidikan di Myanmar.
3.Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
3.1 Gerakan nasionalisme.
3.1.1 Faktor kemunculan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Menganalisis faktor-faktor kemunculan nasionalisme.
1.Pengaruh agama.
2.Peranan bahasa dan kesusasteraan.
3.Pengaruh kewartawanan.
4.Peranan pendidikan.
5.Peranan golongan intelektual.
6.Pengaruh luar.
5.Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di Myanmar.
3.1.2 Parti politik dan persatuan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Menerangkan sebab penubuhan dan matlamat persatuan dan parti politik yang mendukung gerakan nasionalisme.
1.Sarekat Islam.
2.Parti Nasional Indonesia.
4.Poor Man’s Party.
3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan dan bersenjata di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
1.menilai penentangan terhadap penjajah secara berperlembagaan.
2.menggalurkan penentangan rakyat secara bersenjata.
3.2.3 Kemerdekaan di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
1.Langkah-langkah mencapai kemerdekaan.
4.Pengisian Kemerdekaan.
4.1 Sistem pemerintahan di Filipina dan Thailand abad ke-20
3.Demokrasi berparlimen.
4.2 Pembangunan
4.2.1 Pembangunan ekonomi di Filipina dan Thailand abad ke-20
Menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara Filipina
Menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara Thailand

4.3  Pembinaan negara bangsa
 menerangkan sistem pemerintahan negara bangsa.
6.Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20

1.Demokrasi
2.Ketenteraan.
4.3.2 Sumbangan  tokoh Filipina dan Thailand pada abad ke-20.
Menilai sumbangan tokoh
1.Macapagal
4.4 Perhubungan luar.
4.4.1 Penglibatan dalam organisasi antarabangsa di Filipina dan Thailand abad ke-20
Membincangkan penglibatan negara Thailand dalam organisasi antarabangsa.
1.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-PBB
3.Association of South East Asia.-ASEAN




Wednesday, 22 June 2016

Bandingkan ciri-ciri masyarakat industri di England dan di Jerman.20m

Pendahuluan                                                                                                            
Revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi Perindustrian berlaku dalam dua tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun 1760 hingga tahun 1860.Manakala tahap kedua pula Revolusi Perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.

Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan Revolusi Industri di England pada tahun 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Isi
Kemajuan dalam sistem Pertanian
England
sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18.Dalam sistem ini tanah pertanian akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir dengan jenis tanaman yang berlainan,seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat mengekalkan kandungan nitrogen  dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa.

Petani juga turut memperkenalkan sistem.pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama Pengenalan teknik penanaman baharu dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang diipta  oleh Jethro Tull.
Jerman
Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah aupit. diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda.
Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah,misalnya melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman Justud von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan.

Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diringi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang. Masyarakat yang berasaskan kepada perindustrian.
England
Perkembangan industri tekstil membawa kepada tenun yang menggunakan kuasa air.
penciptaan mesin pemintal dan mesin
Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburanbesi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa
Jerman
pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada kewujudan masyarakat industri.
Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di ]erman seperti industri kimia dan elektrik.
Kemajuan dalam sistem pengangkutan
England
Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan jalanraya,jalan kereta api dan terusan
- Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada tahun 1787 dan Penggunaan enjin berkuasa wap  1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.
Jerman
Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam
sektor pengankutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.
Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.
Perdagangan antarabangsa
England
Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan pengharilur', bu.uttgan dalam industri pembuatan' Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds'
Jerman
pada tahun 1870-an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di Jerman yang menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
Kesimpulan
Kemajuan dan perkembangan seperti berikut wajar dicontohi oleh masyarakat pada masa kini

Kedua-dua negara muncul sebagai kuasa imperialis pada abad ke-19

Wednesday, 15 June 2016

Cara Perluasan kuasa Brooke di Sarawak

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Satu perjanjian telah ditandatangani antara James Brooke dengan Pangeran Raja Muda Hashim pada tahun 1841.
Syarat-syarat Perjanjian 1841
1.James Brooke diberi kuasa memerintah Sarawak serta iajahannya.
2.James Brooke diberi hak memungut cukai di Sarawak.
3.James Brooke bertanggungjawab dalam hal kewangan Sarawak.
4.James Brooke dikehendaki menghormati dan memelihara undangundang serta adat-istiadat orang Melayu di Sarawak.[1]

Kesan Perjanjian 1841
James Brooke dilantik sebagai Gabenor dan Raja Sarawak pada 24 November 1841.
Faktor peluasan kuasa Brooke di Sarawak 1842
Sebab-sebab Perjanjian 1842 (James Brooke dengan Sultan Brunei)
1.Demi memperkukuhkan kedudukannya, James Brooke telah belayar ke Brunei untuk menghadap Sultan Brunei.
2.Sultan Brunei berasa takut apabila melihat kapal James Brooke yang diiringi oleh kapal-kapal tentera laut dari Singapura. Baginda bimbang keselamatan Brunei terancam. Oleh itu, baginda bersetuju menandatangai Perjanjian 1842.
Syarat-syarat Perjanjian 1842
1.Sultan Brunei mengesahkan pelantikan James Gabenor Sarawak.
2.James Brooke berjanji membayar ufti tahunan kepada Sultan Brunei.
 Kesan-kesan Perjanjitn 1842
1.James Brooke meluaskan kuasanya di Sarawak dengan melancarkan serangan ke atas petempatan peribumi.
2.James Brooke dalam usaha meluaskan kuasanya telah campur tangan dalam hal-ehwal tempatan. Satu demi satu kawasan Sarawak jatuh ke dalam kuasa James Brooke.
3.Pemerintahan keluarga Brooke menimbulkan ketidakpuasan hati pembesar Melayu dan masyarakat Sarawak sehingga terdapat beberapa penentangan terhadapnya.[2]






[1] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),66.
[2] Ibid,66

Tuesday, 14 June 2016

Peluasan Kuasa Brooke di Sarawak

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Penentangan di Sarawak 1836 - l84l
Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya kerajaan Brunei tidak campur tangan langsung dalam pentadbiran Sarawak. Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja.Bagi memudahkan kerajaan Brunei menguasai ekonomi Sarawah khasnya pengeluaran antimoni dan emas, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Indera Mahkota (seorang bangsawan Brunei  sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.[1]

Pangeran Indera Mahkota mentadbir Sarawak.
      Perlantikan Pangeran Indera Mahkota tidak digemari oleh pembesar Melayu tempatan. Perlantikan ini akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka. Dengan membina pusat pentadbiran di Kuching Pangeran Indera Mahkotamengambil alih semua tugas dan tanggungjawab pentadbiran dan punca kekuasaan daripada pembesar Melayu tempatan.[2]Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimoni yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu.

      Beliau juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas orang Melayu. Membeli hasil orang Melapr dengan harga yang rendah.Menindas orang Bidayuh sebagai buruh paksa di lombonglombong antimoni miliknya.Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, anak isteri mereka akan dijadikan hamba abdi. Penduduk Sarawak dipaksa membeli barang daripada Pangeran Indera Mahkota dengan harga yang tinggi.

Akibat penindasan ini, orang Biilayuh. memulakan penentangan pada tahun 1836. Penentangan ini disertai oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Datu Patinggi Ali dan orang Dayak. Memandangkan kelemahan Pangeran Indera Mahkota untuk mematahkan penentangan, Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Muda Hashim ke Sarawak.

Pakatan Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke
Pangeran Raja Muda Hashim mengambil keputusan meminta bantuan orang luar.Kebetulan ketika itu James Brooke seorang bekas tentera SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Beliau dihantar oleh Gabenor Singapura untuk memberi sepucuk surat kepada Pangeran Raja Muda Hashim. Pangeran Raja Muda Hashim dengan segera meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching.Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebdgai wakil Sultan Brunei. James Brooke bersetuju dengan tawaran tersebut.[1]




[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,” (Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2013),58.

Saturday, 11 June 2016

Faktor perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu

UNIT 2.1 PERLUASAN KUASA ASING
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Dasar meluaskan empayar atau tanah jajahan atau dasar imperialisme kuasa asing. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.[1]
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2]Selepas Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]

Kuasa Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.[4]
Memasarkan barangan kilang.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat.
Kemunculan dua kuasabaru iaitu Itali dan Jerman.
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif.
Disraeli membenarkan dasar campur tangan.
Sikap Lord Kimberley memberi arahan kepada Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaannya menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan 
Memendekkan perjalanan dan kos pengangkutan. Ini menggalakkan kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[5]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Negeri-negeri Melayu iaitu di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang berada dalam keadaan huru-hara. Raja tidak lagi berkuasa penuh ke atas pembesar dan ini menyebabkan golongan pembesar lebih berkuasa dan berpengaruh dari raja. Pembesar mengambil kesempatan dengan menggunakan cukai yang tinggi. Keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu berlaku akibat perebutan kuasa antara   para pembesar Melayu seperti perebutan takhta  di Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusuf. Berlaku perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hindan Hai San.[6]

      Huru-hara juga berlaku disebabkan Perang Saudara yang tercetus  di Perak Pahang dan Selangor.Perkembangan ini mendorong para pemodal British yang banyak melabur modan di Negeri-Negeri Melayu mendesak agar kerajaan British campur tangan bagi memulihkan keamanan supaya kegiatan perniagaan mereka tidak terganggu. Sebenarnya langkah British untuk campurtangan tidak bertujuan memulhkan keamanan, tetapi memastikan kepentingan ekonomi mereka tidak terancam akibat keadaan huu-hara yang belaku itu.[7]



[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)  Edisi Kemaskini,42.
[2]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43. 
[4]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,25.
[6]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,26.
[7]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)  Edisi Kemaskini,46.

Friday, 10 June 2016

I.UNDANG-UNDANG 99 PERAK.

1.2.2 Undang-Undang pada abad ke-19
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
I.UNDANG-UNDANG 99 PERAK.
Undang-Undang 99 Perak dipercayai berasal dari Parsi. Ia dibawa masuk ke Perak oleh Syed Hussain al-Faradz dari Hadamaut. Undang-undang ini disusun dalam bentuk dialog iaitu tidak berasaskan fakta dan fasal. Ia mempunyai pengaruh Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Mengandungi hampir semua perkara dan terdiri daripada 99 buah undang-undang yang meneetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.[1]

PINSIP-PRINSIP UMUM  UNDANG-UNDANG 99 PERAK.
Menjelaskan  tentang ;
Tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah.
Kriteria serta cara pemilihan dan perlantikan pegawai kerajaan.
Peraturan adat istiadat seperti adat mengadap, memilih dan melantik raja.
Hukuman jenayah seperti mencedera, membunh serta mencuri.
Undang-Undang berkaitan pertanian dan penternakan.
Urusan kekeluargaan seperti perkahwinan , perceraian dan pembahagian harta.[2]





[1] “Undang-Undang”, dalam dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),11.
[2] Ibid,12.

Tuesday, 7 June 2016

Raja

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.1.1        Raja
Menjelaskan konsep dan peranan raja pada abad ke-19.
1.Konsep Raja.
      Merupakan satu sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[1]

Peranan Raja.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.[2]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Ketua tentera
Berkuasa melantik bakal pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
2.Ekonomi
Menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Menentukan sistem pungutan cukai dan melantik wakil kerajaan untuk mengutip cukai.
Terlibat dalam perdagangan luar negeri.
Memperkenalkan sistem mata wang.
3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Khalifah Allah di muka bumi.
Menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.[3]




[1]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)2.  .  
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[3]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3.