Ad

Wednesday 7 July 2021

EURO: Three Lions kali ini jauh lebih baik

Julai 7, 2021 @ 5:35am



Jurulatih England, Gareth Southgate (tengah) bercakap dengan pemainnya ketika sesi latihan di St George's Park dekat Burton-on-Trent, England menjelang pertemuan dengan Denmark. - Foto AFP

LONDON: Wira Kejuaraan Eropah 1996 buat England, Stuart Pearce percaya skuad Three Lions ketika ini adalah lebih baik berbanding pasukan yang mara ke separuh akhir, 25 tahun lalu.

England kini mencari tiket ke final kejuaraan utama buat kali pertama sejak 1966 dengan Denmark bakal menjadi penghalang kepada misi itu.

Gareth Southgate mensia siakan sepakan penalti penentuan pada separuh akhir Kejuaraan Eropah 1996 bertemu Jerman.

Pasukan itu dibarisi pemain seperti Alan Shearer, Paul Gascoigne dan David Seaman namun Pearce percaya skuad yang dimiliki Southgate ketika ini jauh lebih hebat.

"Impak daripada pemain simpanan yang pun lebih baik, saya rasa mereka ada variasi yang lebih banyak.

"Kita ada Grealish, Foden dan Rashford yang semuanya berada di bangku simpanan. Ini sangat hebat tidak termasuk Mings yang sentiasa beraksi dengan baik setiap kali diturunkan.

"Ada lagi pemain seperti Chilwell dan Shaw - mereka banyak pilihan berbanding apa yang ada untuk Terry Venables pada 1996." - AGENSI.1

_____________________________________________

1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/836301/euro-three-lions-kali-ini-jauh-lebih-baik

No comments:

Post a Comment