SUKAN
RASHFORD (kanan) mengakui musim yang sukar dihadapinya sebelum ini mungkin menyebabkan dia kurang keyakinan ketika aksi final lalu. – AFP
Rashford hanya mampu mohon maaf
Oleh KOSMO!
14 Julai 2021, 2:00 pm
LONDON – Bintang Manchester United, Marcus Rashford tampil memohon maaf atas kegagalannya sewaktu penentuan sepakan penalti yang dilihat sebagai punca utama England gagal menjulang kejuaraan Euro 2020.
Rashford, 23, adalah antara tiga pemain England yang gagal menyempurnakan sepakan penalti selain Jadon Sancho dan Bukayo Saka ketika tewas 2-3 kepada Itali selepas seri 1-1 pada aksi final di Stadium Wembley kelmarin.
“Saya tidak tahu untuk menggambarkan perasaan sekarang. Saya telah mengharungi musim yang cukup sukar dan mungkin bermain aksi final itu dalam keadaan kurang keyakinan.
“Saya sentiasa yakin ketika mengambil sepakan penalti walaupun dalam keadaan tidur. Saya mahu beri sumbangan kepada pasukan dengan menyempurnakan sepakan penalti.
“Final. 55 tahun. Satu penalti. Sejarah. Apa yang saya dapat katakan cumalah meminta maaf dan mengharapkan ia berlaku sebaliknya tetapi ia sudahpun terjadi,” katanya.
Sementara itu, pemain tengah Aston Villa, Jack Grealish membidas segala kritikan dilemparkan terhadapnya yang mendakwa dia seorang pengecut kerana tidak berani mengambil sepakan penalti kelima England.
Grealish, 25, menegaskan, ia bukan seperti didakwa legenda The Red Devils, Roy Keane yang menganggap pemain senior England pengecut.
“Saya mahu mengambilnya tetapi keputusan adalah dibuat jurulatih (Gareth Southgate). Sepanjang kejohanan beliau telah membuah keputusan yang tepat dan begitu juga yang dilakukan kelmarin.
“Saya tidak mahu orang anggap saya enggan melakukannya sedangkan saya sebenarnya bersedia,” jelasnya. – AGENSI.1
_______________________________________
1https://www.kosmo.com.my/2021/07/14/rashford-hanya-mampu-mohon-maaf/
No comments:
Post a Comment