Ad

Thursday 30 May 2019

'Kerana negara dan Cheng Hoe'


SUKAN»Bola

Rabu, 29 Mei 2019 | 6:18pm
 
PEMAIN Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
'Kerana negara dan Cheng Hoe'
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@mediaprima.com.my

KUALA LUMPUR: Jika bukan kerana Tan Cheng Hoe, penyerang Harimau Malaya Norshahrul Idlan Talaha mungkin sudah bersara daripada bola sepak antarabangsa.

Namun, Norshahrul atau Mat Yo setuju menyahut panggilan ketua jurulatih Harimau Malaya itu demi membantu skuad negara mencipta sesuatu ketika usianya sudah mencecah 33 tahun.

Penyerang berasal dari Terengganu itu tidak menganggap penyertaan bersama skuad Harimau Malaya kerana terpaksa, sebaliknya akan membalas segala kepercayaan diberikan jurulatih.

"Jurulatih Tan (Cheng Hoe) ada menghubungi saya, dia cakap saya masih boleh bermain lagi. Kalau boleh dia nak saya bantu skuad ini, pasukan Malaysia.

"Jadi saya harap bila saya kembali ini, saya harap rakan yang lain dapat memberi kerjasama dalam setiap perlawanan.

"Saya akan balas balik kepercayaan dia (Cheng Hoe), perlawanan demi perlawanan saya akan buktikan saya mampu, dan dapat balas balik kepercayaan jurulatih," katanya.

Kehadiran Mat Yo bersama pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh pada hari kedua latihan pusat malam tadi pasti melegakan Cheng Hoe selepas dua pemain itu tidak melaporkan diri pada hari pertama latihan, Isnin lalu.

Mat Yo sudah membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila menjadi penjaring terbanyak Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF tahun lalu selepas meledak lima gol.
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 29 Mei 2019 | 6:18pm

Farizal dapat lilitan kapten


MyMetroArena
Firdaus Hashim
 PENJAGA gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Farizal Marlias dilantik sebagai ketua pasukan Harimau Malaya bagi menggantikan tempat penyerang Kedah, Zaquan Adha Abd Razak yang disisihkan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste pada 7 dan 11 Jun ini.

Keputusan itu diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang hadir pada sesi latihan pusat yang berlangsung di Arena Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, semalam.

Jelas Hamidin, pemilihan itu dibuat dengan cukup teliti selepas berbincang bersama pengendali pasukan Tan Cheng Hoe yang mencalonkan sendiri nama penjaga gol senior itu.

"Farizal akan mula menggalas tugas selaku ketua pasukan dalam perlawanan persahabatan bertemu Nepal pada hari Ahad ini sebelum menghadapi perlawanan timbal balik bertemu Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

"Pengalaman yang dimiliki Farizal pastinya akan memainkan peranan penting untuk membantu pasukan terutamanya dengan begitu ramai pemain muda tersenarai," katanya yang turut mengumumkan tonggak pertahanan tengah Perak, Shahrul Saad selaku penolong kapten.

Mengulas lanjut pertemuan penting berdepan Timor Leste itu nanti, Hamidin mahu skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan selesa dalam aksi pertama 7 Jun ini sebelum turun sekali lagi pada aksi timbal balik empat hari kemudian.

"Saya selalu pesan kepada jurulatih dan pemain agar tidak mensia-siakan peluang dan cuba dapatkan kemenangan selesa dalam perlawanan pertama.

"Mesti diingat, jika kita dibolosi pada aksi pertama ia mungkin memberi sedikit kesukaran buat kita apabila lawan dalam aksi kedua nanti.

"Sebaiknya dapatkan gol lebih dan pastikan kita tidak dibolosi bagi membolehkan kita beraksi tenang dalam perlawanan kedua.

Saya lihat pemain-pemain tahu apa yang harus dilakukan dan harap kita mampu capai matlamat mara ke pusingan kedua," katanya.

Malaysia wajib melakar kemenangan untuk mara ke fasa seterusnya di mana 40 pasukan terbaik Asia akan dipecahkan kepada lapan kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai lima pasukan.

Hanya juara kumpulan dan empat pasukan naib juara yang terbaik akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia 2023. Manakala baki pasukan yang lain akan beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 2:21 PM

Tuesday 28 May 2019

Bangga pemain kota janji


MyMetroArena
Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
 
TIADA apa yang mampu diungkap pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa selain daripada ucapan terima kasih buat setiap pemain yang mengotakan janji untuk membenam Kedah 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Malah Figueroa teruja dengan kualiti permainan barisan skuad Harimau Selatan sambil menyifatkan ia permainan terbaik pasukan itu selepas menguasai keseluruhan perlawanan tanpa memberi ruang kepada skuad kendalian Aidil Sharin Sahak melakukan percubaan berbahaya.

Beliau berkata, pertembungan menentang skuad Lang Merah jelas begitu sukar tetapi pemain JDT bagaikan mengetepikan kesukaran itu apabila kerap bergerak secara berpasukan dan menguasai posisi tengah menyebabkan pemain lawan seolah-olah hilang arah.

“Kita tahu Kedah adalah pasukan bagus dan mereka dibarisi pemain hebat namun taktikal yang kami bentuk untuk berdepan aksi yang sukar berjaya diatasi dan pemain melakukan tugas dengan baik malah segala usaha membuahkan hasil apabila meraih tiga mata.

“Tidak dinafikan kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi sering dikecewakan sama ada tersasar atau diselamatkan penjaga gol. Tapi mereka terus berusaha dan hasilnya kemenangan menjelma dan ia ibarat pulangan yang lumayan.

“Faktor kepenatan juga menjejaskan sedikit rentak permainan tatkala kami baru pulang dari Korea selepas mengharungi perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan hanya ada tempoh tiga hari untuk buat persiapan namun semangat kental pemain mengatasi segalanya,” katanya.

Mengulas persembahan Diogo Luis Santo yang tampak kerap memberi sumbangan dibarisan serangan, Figueroa menjelaskan peranan pemain itu tidak semestinya menjaringkan gol sebaliknya menjadi [pengacau’ di posisi berkenaan dan membuka ruang buat rakan sepasukan melakukan percubaan berbahaya.

Malah katanya, S Kunanlan yang pada awal musim hanya sekadar memanaskan bangku simpanan sudah mula menunjukkan kredibiliti sebenar apabila mempamerkan aksi terbaik sepanjang saingan liga dan ACL.

“Saya juga bangga dengan komitmen Mauricio (Nascimento), walaupun mengalami kecederaan ketika menentang Gyeongnam FC namun dalam tempoh tiga hari dia bersungguh-sungguh untuk pulih dan tetap mahu diturunkan tanpa menghiraukan keacederaan yang dialami.

“Saya akan beri rehat selama lima hari kepada pemain dan kemudian mereka akan kembali menjalani latihan bagi meneruskan kesinambungan memburu kemenangan dalam setiap perlawanan kerana kita sudah berada di landasan dan tidak boleh tergelincir,” kata Figueroa.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 8:16 PM

Akhyar sedia robek gawang Timor Leste


 AKHYAR RASHID (kiri) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya
AKHYAR RASHID (kiri) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Stadium Arena Universiti Malaya, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
Rozaidi Zulkifli

28 Mei 2019 5:35 PM

KUALA LUMPUR 28 Mei - Bintang muda Harimau Malaya, Akhyar Rashid bersedia membantu menajamkan lagi barisan serangan Harimau Malaya menjelang aksi playoff pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada 7 dan 11 Jun ini menentang Timor Leste.

Jelasnya, latihan di bulan puasa sedikit sebanyak memberi cabaran untuknya mengekalkan stamina namun inilah antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang pemain bola sepak.


“Kalau jurulatih bagi peluang mana-mana tempat di bahagian serangan, saya boleh bermain cuma nak mencari keserasian itu perlukan masa sedikit.

“Latihan hari ini (semalam) ok tapi sedikit letih sebab di bulan puasa. Apapun ini adalah tanggungjawab kami sebagai pemain,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum sesi latihan di sini hari ini.

Akhyar sering mencuri tumpuan peminat bola sepak negara dengan aksi lincahnya di atas padang dan kemahiran tinggi melakukan gelecekan yang sering mendatang masalah kepada pihak lawan.

Biarpun, kurang mendapat tempat ketika Piala AFF 2018, namun pemain kelahiran Kedah itu sering memberi impak setiap kali diturunkan.

“Sepanjang di JDT (Johor Darul Ta’zim), banyak peningkatan yang saya berjaya lakukan dari segi fizikal dan mental.

“Kali ini saya lebih bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama jika diberi kepercayaan oleh jurulatih,” jelasnya. – sumber UTUSAN ONLINE

MELAWAT MAKAM HANG KASTURI

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 36)

Selepas melawat Makam Hang Jebat, kami melawam Hang Kasturi pula.Makam Hang Kasturi terletak di kawasan Persiaran Jonker juga dikenali sebagai Jalan Hang Jebat. Hang Kasturi merupakan salah seorang daripada lima pahlawan Melaka yang terkenal, selain Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Jika anda singgah di kawasan Persiaran Jonker anda pasti menemui Makam Hang Kasturi diantara deretan bangunan-banggunan kedai disana.[1]

Hang Kasturi adalah seguru dengan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu dalam mempelajari ilmu persilatan. Beliau menjadi hulubalang bersama-sama dengan Hang Tuah dan para sahabatnya. Selain Hang Jebat, Hang Kasturi dan sahabat yang lain terus setia kepada Sultan hingga ke akhir hayat.[2]


[1] https://ms.wikipedia.org/wiki/Makam_Hang_Kasturi
[2] http://melaka2020.freeservers.com/makam.h.kasturi.html

MELAWAT MAKAM HANG JEBAT


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 35)
Pada hari Ahad tiada latihan sukan atau aktiviti Pengakap. Saya akan ke Bandar Hilir dengan Md Riffin untuk mengambil duit biasiswa RM500.0 untuk membayar sewa rumah dan membeli barangan dapur. Tambang bas ke bandar Melaka dari Tanjong Kling cuma RM0-50. Selepas selesai mengambil duit di mesin ATM, BSN kami akan melawat Makam Hang Jebat.Makam Hang Jebat terletak di Kampung Kuli, Jalan Gelanggang di bandar Melaka. Ketika itu Makam Hang Jebat terbiar tidak berpagar. Tak ramai pengunjung yang datang melawat Mmakam Hang Jebat ketika itu.[1]

Hang Jebat ialah salah seorang dari lima pahlawan terkenal selain Hang Tuah. Apabila sahabat baik beliau, Hang Tuah, dihukum bunuh oleh Sultan Mansor Shah tanpa usul periksa dan bukti, beliau telah mengamuk dan bertindak mederhaka kepada Sultan. Sultan Mansor lari ke Kelang. Apabila Sultan tahu yang Hang Tuah masih hidup disegera perintah Hang Tuah menghapuskan Hang Jebat. Maka berlakulah pertempuran selama 3 hari 3 malam dan akhinya Hang Jebat telah tewas.

Makam Hang Jebat ini juga dipercayai hanyalah makam peringatan yang dibina oleh Sultan. Di mana makam sebenar tidak diketahui malah berlaku percanggahan dengan penulisan Sejarah Melayu yang tertulis ”Maka bangkai Hang Jebat pun di tarik orang lah ke laut, maka segala anak bini nya semua habis di umbut (di halau) datang kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah habis di gali di buang ke laut “. Ada juga yang percaya Mayat Hang Jebat telah dibawa lari oleh Dang Wangi ke Pulau Besar, kampung Dang Wangi, dan di kebumikan di sana.[2]


Monday 27 May 2019

Nafuzi tetap tenang


PEMANGKU ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tetap tenang mengendalikan pasukan sehingga berjaya catat satu kemenangan dan sekali seri. - NSTP/Ghazali Kori
Nafuzi tetap tenang
Oleh Malik Muhamad
sukanteam@nstp.com.my

KUALA TERENGGANU: Biarpun berada dalam situasi tertekan, pemangku ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tetap tenang mengendalikan pasukan sehingga berjaya merakam satu kemenangan dan sekali seri.

Malah bekas pemain skuad Terengganu itu yang baru mengambil alih tugas berkenaan sejak tiga minggu lalu selepas ketuanya, Irfan Bakti Abu Salim meletak jawatan, berjaya mengembalikan semula keyakinan peminat setia skuad Penyu. 

"Setiap jurulatih sememangnya ada tekanan, jika anda jurulatih kampung pun juga ada tekanan, jika pasukan anda beraksi mesti ada tekanan kerana mahukan pasukan anda menang.

"Namun begitu ini adalah asam garam dalam bola sepak, lagipun dalam hidup perlu ambil risiko, jika saya tak mahu ambil risiko lebih baik saya kerja lain, kerani ke sebagai contoh," katanya.

Pada 15 Mei lalu, Irfan dikritik peminat setia skuad itu susulan prestasi tidak konsisten pasukan termasuk tewas 3-5 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) sebelum bertindak melepaskan jawatan secara mengejut selepas mesyuarat khas Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT). 

Berikutan itu, PBSNT melantik penolong jurulatih, Nafuzi sebagai ketua pengendali sementara pasukan itu dengan dibantu dua jurulatih berpengalaman iaitu Mohamad Nik dan Kamaruddin Annuar.

Selepas dua perlawanan diharungi Nafuzi, jurulatih muda itu 'lulus ujian' selepas mencatat keputusan seri 1-1 bertemu FELDA United di tempat lawan manakala perlawanan kedua bertemu Selangor, skuad itu melakar kemenangan tipis 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah.

"Selepas pertemuan dengan FELDA, corak permainan pasukan ada peningkatan biarpun berdepan masalah kecederaan pemain termasuk Igor Zonjic cedera di bahagian mata manakala Thierry Chantha Bin cedera lutut, tapi semangat juang pemain tetap tinggi, ini yang menggembirakan kami," katanya.

Selepas 15 perlawanan, TFC kini menghuni tangga keenam liga dengan mengutip 20 mata, terpisah enam mata dengan pasukan di kedudukan kedua liga, Pahang yang mengumpul 26 mata.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 27 Mei 2019 | 8:42pm

Sunday 26 May 2019

KEPUTUSAN PENUH JDT 2-0 KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT    0-0  Kedah
PEMAIN JDT
01 FARIZAL MARLIAS
12 S.KUNALAN
33 MAURICIO
03 ADAM NOR AZLIN
22 COBIN ONG
14 HARRIS HARUN
04 AFIQ FAZAIL
29 SAFAWI RASID
18 LENDRO VELAQUEZ
11 GONZALO CABRERA
08 DIOGO
PEMAIN GANTIAN
21 NAZMI FAIZ
28 SYAFIQ AHMAD

TERKINI MASA PERTAMA JDT 1-0 KEDAH


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


JDT    0-0  Kedah
PEMAIN JDT
01 FARIZAL MARLIAS
12 S.KUNALAN
33 MAURICIO
03 ADAM NOR AZLIN
22 COBIN ONG
14 HARRIS HARUN
04 AFIQ FAZAIL
29 SAFAWI RASID
18 LENDRO VELAQUEZ
11 GONZALO CABRERA
08 DIOGO

KENANGAN DI MASJID UKM 1984-1990.


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 28)
Kenangan pertama di Masjid UKM ialah ketika Minggu orientasi Tahun 1 Sesi 1984 Jun 1984. Kami pelajar tahun 1 berajalan kaki  dari Kamsis E ke Masjid UKM  seawal 5.00 pagi hari jumaat. Ssaya masih ingat lagi bagaimana saya berjalan kaki dalam keadaan sangat mengantuk keran keletihan menjalani orientasi pada siang hari. Selepas solat, Dato’ Sanusi Junid menyampaikan ceramah kepada pelajar tahun 1.[1]

      Kenangan kedua, pada tahun 1985 semua pelajar beragama Islam memenuhi Masjid UKM sejak waktu maghrib untuk mendengar ceramah dan penerangan Dr Harun Din tentang Isu Al-Quran Hilang. Ketika itu kecoh satu Malaysia tentang isu ini kerana ada yang mendakwa al-Quran di rumah mereka hilang enam muka surat. Antara yang terlibat ialah Profesor Dr Zakaria Awang Soh, Deakan FSKK. Semua pelajar ketika itu tidak kira rock atau islamik memenuhi tiga Paras Masjid UKM.[2]

      Kenangan ketiga, selelum menjalani Llatihan mengajar pada bulan Mac 1990, Ustaz Raof Dalip mengadakan qiamulai di Masjid UKM. Ssemua pelajar dikehendaki bermalam di Masjid UKM selepas solat Isyak. Semua pelajar juga makan malam di Masjid UKM. Saya bersama Abdul Mmanaf, Ramlee Ismail, Md Riffin Deraman, Ustaz Wali dan Ustaz Ramly tidur di masjid pada malam itu. Sda juga pelajar yang membawa dan membakar ubat nyamuk pada malam itu untuk memastikan dapat tidur nyenyak.[3]   

Berikut Sejarah Penubuhan Masjid UKM;
MASJID UKM telah dibina di atas tapak seluas dua hektar yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembinaannya dimulakan pada 16 Mac 1979 dengan kos berjumlah RM 5.1 juta. Ia telah diserahkan secara rasmi kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari Rabu 14 April 1982. Usaha pengimarahan masjid ini bermula pada hari Jumaat 16 April 1982.

Reka bentuk Masjid UKM adalah hasil ilham Encik Abdullah Bakri, bekas Pengarah Unit Pembangunan, UKM. Bangunan ini dikelilingi oleh enam menara dan sebuah menara besar setinggi 6666 sentimeter yang telah diilhamkan oleh Tun Syed Nasir, bekas Pro Canselor UKM.[4]

Bangunan Masjid ini mengandungi tiga paras di mana pada awal penubuhan, paras dua digunakan ketika solat fardhu untuk jemaah lelaki manakala paras tiga untuk jemaah wanita. Paras satu pula digunakan untuk solat Jumaat. Bangunan Masjid ini berkeluasan 25 713.41 meter persegi (74 500) dan boleh menampung jemaah seramai 5000 orang dalam satu – satu masa.

Paras satu Masjid mempunyai sebuah dewan solat, temapt wudhu (lelaki dan wanita), tandas ( lelaki dan wanita), pejabat pentadbiran Pusat Islam UKM dan sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik rehat imam dan bilal, tiga buah bilik seminar dan sebuah bilik mandian jenazah.

Paras dua Masjid mempunyai sebuah dewan sembahyang, sebuah Kutub Khanah dan sebuah bilik tetamu (VIP).

Paras tiga pula mempunyai dewan solat wanita, bilik studio dan dua tempat wudhu.

Persekitaran masjid mempunyai enam buah pondok wakaf, sebuah dapur (termasuk bilik mandi dan tandas), dua buah tempat wudhu serta terdapat lebih kurang 300 lot tempat letak kereta.[5]




[1] Catatan Dairi 1984.
[2] Catatan Dairi 1985.
[3] Catatan Dairi 1990.
[4] http://www.ukm.my/pusatislam/latar-belakang/latar-belakangsejarah-penubuhan/
[5] Ibid.

Friday 24 May 2019

BOLA SEPAK MENANG PINGAT EMAS SUKAN SEA 1989

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 24)
Demam bola sepak Sukan Sea bermula pada 22 Ogos 1989 dan berakhir pada 31 Ogos 1989. Rumah sewa kami di No 115G, Jalan Bukit Kajang terletak berhampiran dengan deretan Kedai Makan di Bbandar Kajang. Jarak ke Kedai Makan cuma dua minit perjalanan. Semua kawan-kawan serumah seperti Abdul Manaf Abdul Rahman, Ramlee Ismail, Md Riffin Deraman, Ustaz Wali dan Ustaz Ramly minat bola. Selepas solat maghrin dan Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Ramly kami bergegas ke Kedai Tom Yam. Kami duduk di meja yang berhampiran television dan memesan makanan. Sya biasa makan semangkuk mee sup. Harga ketika itu  baru RM2.50. Manakala teh o ais baru. Rm1.00.[1]  

Imej mungkin mengandungi: 28 orang, orang senyum
Barisan 22 pemain Malaysia ialah;
Penjaga Gol: Azmi Mahmud, Yap Kam Choon, Rashid Hassan (Kuala Lumpur)

Pertahanan: Serbegeth Singh, K. Ravinchadaran, Razip Ismail, Chow Siew Yai, See Kim Seng, Lee Kin Hong, Salim Mahmud, M. Ravindran (Pahang), Naina Mohamed Ismail

Tengah: Radhi Mat Din, Ahmad Yusof (Pahang), Azizol Abu Haniffa, Mat Zan Mat Aris, Lim Teong Kim (Kuala Lumpur), Mubin Mokhtar,

Penyerang: Zainal Abidin Hassan (Selangor), Dollah Salleh, Subadron Aziz (Kuala Lumpur), A. Anbalagan (Pahang), P. Ravindran (Perak), Aziz Azizan (Pulau Pinang)

Perlawanan Akhir berlangsung pada  31 Ogos 1989   
Keputusan Penuh Malaysia 3-1    Singapore
m-8 (gs)Borhan Abu Samah         m-39 Fandi Ahmad
m-59  LimTeong Kim
m-60 Dollah Salleh
Fandi Ahmad

Barisan Pemain: Rashid Hassan, Razip Ismail, Lee Kin Hong, Serbegeth Singh (Chow Siew Yai 74'), Salim Mahmud, Ahmad Yusof, Mat Zan Mat Aris, Lim Teong Kim, P. Ravindran (A. Anbalagan 56'), Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan
Coach: Trevor Hatley.[2] Alhamdulillah selepas Malaysia menjurai Sukan SEA 1989 kerajaan mengumumkan cuti sehari.[3]     



[1] Catatan Dairi 1989.
[2] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008/07/bolasepak-sukan-seaseap.html
[3]Catatan Dairi 1989.


Thursday 23 May 2019

Indra yakin kemampuan Fakri

MyMetroArena
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
 
"ALHAMDULILLAH, kemasukan Fakri (Ahmad Fakri Saarani) akan membantu jentera serangan pasukan ketika ramai pemain cedera," kata ketua pasukan Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin.

Menurutnya, bekas rakan sepasukan dalam skuad Kelantan itu disifatkan seorang penyerang yang rajin mencari peluang menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

"Fakri ada potensi mencetak gol jika mendapat gandingan yang baik. Dia sentiasa bekerja keras," katanya dihubungi hari ini.

Skuad The City Boys semalam secara rasmi menerusi Twitter Kuala Lumpur FA Official@kualalumpurfa dan Facebook Kuala Lumpur Hawks, mengumumkan menandatangani bekas pemain Melaka United, Ahmad Fakri pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2019.

Menurut Indra Putra, biarpun Kuala Lumpur tercicir dari saingan Piala FA dan kini di tangga kedua tercorot liga, dia berharap ia tidak melemahkan semangat pasukan untuk mengharungi baki Liga Super 2019.

"Saya berharap rakan sepasukan tidak putus asa dan yakin dengan kemampuan kita. Kita perlu berusaha lebih kuat dan mengelak berada di zon penyingkiran," katanya yang mencetak gol ke-100 peribadi akhir bulan lalu.

Sementara itu, menjelang pertemuan dengan PKNP FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada 26 Mei ini, Indra Putra mahu ia tidak disia-siakan rakan sepasukan.

"Kami perlu memanfaatkan bermain di laman sendiri untuk kutip tiga mata," katanya.

Tewas kepada PJ City minggu lalu, anak buah Chong Yee Fatt mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan, sembilan kekalahan dan dua keputusan seri.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 11:02 PM

Sultan Ahmad Shah tiada tolok bandingnya


DOLLAH SALLEH
22 Mei 2019 7:54 PM

KUALA LUMPUR 22 Mei - Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang pernah beraksi untuk skuad kebangsaan dari 1984-1996 dan Pahang pada 1991-1996 berkata bola sepak tanah air kehilangan seorang pemimpin yang tiada tolok bandingannya.

“Kita kehilangan permata yang tidak boleh diganti. Saya dan rakan sepasukan, Zainal Abidin Hassan terutamanya mempunyai begitu banyak pengalaman bersama Tuanku. Baginda seorang individu yang baik,” katanya dengan nada sebak.


“Kadang-kadang Baginda akan datang jumpa kami (pemain) selepas perlawanan dan bergurau dengan kami,” kata bekas jurulatih skuad kebangsaan itu.

Turut berkongsi kesedihan atas kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah adalah Ketua Jurulatih skuad Bawah-23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, yang memuat naik gambar ketika Almarhum melawat pasukan Harimau Muda, di laman Instagram beliau.

“Tujuh tahun lalu selepas Harimau Muda tewas 1-5 kepada pasukan Hungary, Ferencvaros FC dalam aksi persahabatan, Presiden FAM ketika itu, Sultan Ahmad Shah datang melawat kami.

“Masih ingat kata-katanya - ‘Tidak mengapa tewas 5-1. Ini antara perlawanan dan pihak lawan yang kita perlu hadapi. Kita perlu terus lakukan perkara yang betul.’ Terima kasih untuk segalanya. RIP,” katanya.

Almarhum juga penerima anugerah “AFC Diamond of Asia 2011” sebelum dianugerah “FIFA Order of Merit” atas sumbangan sepanjang hayat baginda dalam arena bola sepak pada 2012.

Selain bola sepak, Almarhum turut menggemari polo, hoki, badminton dan golf, di mana kesungguhan baginda ketika bersama kontinjen negara pada Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta adalah bukti kukuh baginda adalah sememangnya peminat sukan nombor satu negara. - BERNAMA

CEMAS TERTINGGAL BAS SUM.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 18)
Sejak tahun 1985 saya menyewa di Taman Kajang Jaya bersama Ustaz Sayuti, Harun, Abdul Aziz, Abdullah Hassan, Amri Abdullah Cikgu Mahassan, Sallahuddin Jaafar Ibrahim Yaakob. Letak rumah kami dari jalan besar berhampiran Jalan Reko agak jauh. Kawan-kawan  yang tak ada motosikal cuma saya, Ustaz Sayuti dan allahyarham Abdullah Hassan.

      Ketika hari peperiksaan Kertas MM 3923 Metodologi Pendidikan,[1] saya berjalan kaki dari rumah  sewa sejak 7.10 pagi kerana menunggu bas 7.30 pagi dari Kajang ke UKM. Apabila sampai tempat menunggu bas, di Simpang Jalan Reko. Bas pun sampai
Tetapi bas tak berhenti kerana penumpang dah penuh. Bad merah datang lagi pikul 8.00 tetapi tidak berhenti juga kerana sudah penuh.

      Saya mula merasa cemas kerana peperiksaan bermula jam 8.30. Apa yang terlintas ketika itu ialah menahan apa sahaja kenderaan yang lalu. Akhir sekali dengan izin Allah, sebuah kereta pajero berhenti dan mempelawa saya naik. Tanpa segan-silu saya memberitahu hamba Allah tadi saya ketinggala dua buah bas SUM kerana dah penuh. Alhamdullah pemandu Pajero membawa kereta dengan laju. Sampai di DECTAR jam dah 8.45. Saya berlari masuk ke Dewan Peperiksaan, Dr Mohd. Yusf Ibrahim membenarkan saya mengambil peperiksaan setelah memberitahu saya ketinggalan dua buah bas kerana dah penuh. Saya menjawab soalan dengan cepat . Tetapi kerana dah rugi masa 14 minit, saya hanya dapad gred B kertas ini.  


[1] Transkrip Keputusan Tahun 3 Semester I dan II sesi 1986/87.