Ad

Thursday 16 May 2019

Harimau Malaya pinjam 6 anak buah Kim Swee

Khamis, 16 Mei 2019 | 3:12pm
PENYERANG JDT, Akyhar Rashid antara pemain yang dipanggil sertai skuad
Harimau Malaya pinjam 6 anak buah Kim Swee
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Enam pemain bawah 23 (B-23) negara kembali berada dalam senarai skuad Harimau Malaya bagi menghadapi playoff Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 dan 11 Jun ini.

Mereka adalah empat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) – Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan serta Syahmi Safari (Selangor) dan Faisal Abdul Halim (Pahang) yang sebelum ini bersama skuad Datuk Ong Kim Swee menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Pada senarai pemain yang akan menyertai laporan pusat kali ini, Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang dipanggil pada kempen Piala Airmarine, Mac lalu.

"Turut kembali tersenarai selepas nama mereka tiada dalam skuad Piala Airmarine 2019 adalah empat anggota skuad Piala Suzuki AFF 2018 iaitu penjaga gol, Farizal Marlias, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad (JDT) serta Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak).

"Bagi melengkapkan senarai 26 pemain ke kem latihan pusat kali ini, dua pemain baharu telah mendapat panggilan iaitu pemain berdarah campuran, La'Vere Corbin-Ong (JDT) dan Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC)," kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan.

Mereka yang digugurkan adalah ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak (Kedah) serta tiga lagi yang bersama skuad negara ketika muncul naib juara Piala Suzuki AFF tahun lalu iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Ahmad Hazwan Bakri (JDT).

Selebihnya, pemain yang digugurkan adalah Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi (Selangor), Hadin Azman (Felda United), S Kumaahran (JDT II), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak) dan Nicholas Swirad (PKNS FC).

Latihan akan berlangsung enam hari bermula 27 Mei ini. Tugasan pertama Harimau Malaya adalah menentang Nepal pada 2 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Seterusnya, tiga pemain akan digugurkan Cheng Hoe bagi memuktamadkan senarai akhir 23 pemain untuk dua perlawanan bertemu Timor Leste," katanya.

Senarai pemain

Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Dominic Tan, Syazwan Andik Mohd Ishak, La'Vere Corbin-Ong, Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad (JDT), Matthew Davies, Mohamadou Sumareh, Nor Azam Azih, Norshahrul Idlan Talaha, Faisal Abdul Halim (Pahang), Mohd Syazwan Zainon, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari, Syahmi Safari (Selangor), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Kenny Pallraj, Sharel Fikri Fauzi (Perak), Akram Mahinan, Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC), Mohd Ifwat Chek Kassim (Kedah), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 16 Mei 2019 | 3:12pm

No comments:

Post a Comment