Setelah mendapat surat temuduga Diploma
Pendidikan, saya bertolak ke UKM pada hari Ahad dan bermalam di Bilik Harun di
Kamsis D.Pada hari Isnin 6 Mac 1989 saya menghadiri temu duga Diploma
Pendidikan di Fakulti Pendidikan UKM. Sebaik solat subuh, saya bersarapan dan
minta tolong ajar saya cara nak sterika baju. Kawan-kawan lain yang ada di
Bilik Fellow tergelak kerana saya tak tahun langsung nak sterika baju.
Akhirnya Harun sudi mengajar saya
cara menggosok baju dan seluar.[1]
Pukul lapan pagi saya berjalan kaki dari
Kamsis D ke Fakulti Pendidikan. Jarak perjalanan lebih kurang 20 minit. Selepas
berehat sekejap saya dipanggil masuk ke Bilik Temuduga. Ada tiga orang
penemuduga yang diketuai Dr Razali Arof. Saya ditanya soalan yang mudah, iaitu
jelaskan sejarah keluarga dan pekerjaan yang buat sebelum ini. Dengan penuh
saya ceritakan saya ada 17 adik-beradik dan saya anak kelima belas. Setiap kali
nak isi apa-apa borang saya dapat isi kerana daam borang cuma ada anak ke-12
saya pula anak ke-15. Saya juga menceritakan pengalaman saya menjadi kartunis
dengan menggunakan nama samaran MAT80. Saya juga pernah menjadi guru sekolah
swasta. Ketiga-tiga penemuramah ketawa terbahak-bahak dan suka perwatakan
kelakar saya. Mereka memuji dan menyatakan inilah contoh calon guru sejarah
yang UKM cari.
Alhamdullilah akhirnya dengan izin
bakat lawak saya menyebabkan saya diterima membuar Diploma Pendidikan di UKM.[2]
No comments:
Post a Comment