oleh-AHMAD BIN YAAKOB
(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 10)
Selepas tamat pengajian Ijazah pertama,
saya mengisi borang untuk memohon membuat Sarjana Sejarah di UKM. Tetapi tidak
jadi menghantar borang Dekan ketika itu Dr Hood Salleh menemuduga calon sarjana
menggunakan bahasa Inggeris. Saya pula tak pandai Bahasa Inggeris. Ketika itu
saya marah betul dengan cikgu Bahasa Inggeris, Alfred Philip yang menyatakan
Bahasa Iinggris tak penting tak belajar pun tak apa. Rupanya di peringkat Sarjanan
Sejarah di universiti kalau tak mahir Bahasa Inggeris kita meghadapi masalah
besar semasa menulis tesis.[1] Sahabat
karib Harun Jusuh dan Profesor Dr Junaidi Abu Bakar pula telah diterima melanjut
pelajaran ke peringkat sarjana di UKM.
Setelah seminggu buat kerja-kerja
pertanian, sahabat karib saya Ustaz Sayuti
datang ke rumah meminta ikut bersama temuduga menjadi Guru Swasta di Sekolah
Adabi Pasir Puteh. Setelah menjalani sesi mengajar di sekolah Adabi,
pelajar-pelajar Tingkatan 6 menyokong saya mengajar Subjek Sejarah Tingkatan 6. Ustaz Sayuti pula
terpilih menjadi Guru Pendidikan Islam.[2]
Ssaya menggantikan tempat Nur Azina Che Will kawan sekelas sejak Tingkatan 1
Khas 1977. Saya dibayar gaji RM150.00. Alhamdulillah cukup untuk membantu Che
sekeluarga. Saya dah biasa hidup susah, dapat gaji sebanyak itu pun dah memadai
kerana saya tidak sosial dan tidak merokok. Pergi mengajar pun naik basikal tua
sahaja.
No comments:
Post a Comment