Ad

Thursday, 16 May 2019

JDT terus 'gayat' di persada Liga Super

Mohd. Izuan Roseli
16 Mei 2019 3:00 AM
 PEMAIN Pasukan JDT,  Akhyar Rashid meraikan jaringan gol kedua
PEMAIN Pasukan JDT, Akhyar Rashid meraikan jaringan gol kedua JDT bersama pasukan dalam Perlawanan antara JDT menentangg Pahang di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini.

JUARA bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dilihat semakin sukar dicabar apabila mengukuhkan cengkaman Liga Super 2019 dengan kemenangan 2-0 ke atas pencabar terdekat, Pahang di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin malam kelmarin.

Kejayaan yang hadir menerusi jaringan kapten JDT, Harris Harun pada minit ke-69 dan gol pe­nyerang lincah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada babak kedua itu menyaksikan skuad Harimau Selatan selesa meninggalkan Pahang de­ngan lapan mata di persada liga.


Pengendali JDT, Luciano Figue­roa jelas sekali berpuas hati de­ngan prestasi kesemua 11 pemainnya pada pertemuan itu yang disifatkan memberi kelegaan buat dirinya, selepas Harimau Selatan berjaya menundukkan musuh ketat mereka itu.

“Perlawanan pada malam ini (kelmarin) merupakan satu perlawanan yang agak sukar dan penting. Saya gembira apabila mereka (pemain JDT) berjaya menterjemahkan permainan yang menarik dan memberi tiga mata berharga buat pasukan,” kata Figueroa pada sidang akhbar kelmarin.

Bagaimanapun, jurulatih dari Argentina itu mengakui masih terdapat ruang untuk pasukannya memperbaiki permainan mereka khususnya ketika situasi bola mati di bahagian serangan.

“Memang kami perlu memperbaiki set-piece ini dan ia tampak kurang berkesan pada malam ini (kelmarin) disebabkan fizikal pemain Pahang yang tinggi. Bagaimanapun, kami sering mencuba sesuatu yang baharu dan kadang-kadang ia menjadi dan kadang-kadang tidak,” katanya.

Dalam pada itu, pemain muda JDT, Akhyar Rashid membuktikan dirinya layak dilabel sebagai pemain paling bernilai di Malaysia apabila membantu pasukannya mendapat gol pertama sebelum meletakkan nama selaku penjaring kedua malam kelmarin.

“Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan menambah tiga mata dan memenangi perlawanan ini. Semua tahu bahawa perlawanan ini amat sukar kerana Pahang juga dibarisi pemain yang bagus.

“Saya sememangnya sangat mengimpikan agar diturunkan dalam setiap perlawanan. Ketika sesi latihan juga saya akan menunjukkan keinginan saya. Alhamdulillah, malam tadi (kelmarin) saya telah diberi peluang tersebut,” katanya.
SUMBER-KOSMO ONLINE 16 Mei 2019 3:00 AM

No comments:

Post a Comment