Ad

Thursday 30 May 2019

'Kerana negara dan Cheng Hoe'


SUKAN»Bola

Rabu, 29 Mei 2019 | 6:18pm
 
PEMAIN Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
'Kerana negara dan Cheng Hoe'
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@mediaprima.com.my

KUALA LUMPUR: Jika bukan kerana Tan Cheng Hoe, penyerang Harimau Malaya Norshahrul Idlan Talaha mungkin sudah bersara daripada bola sepak antarabangsa.

Namun, Norshahrul atau Mat Yo setuju menyahut panggilan ketua jurulatih Harimau Malaya itu demi membantu skuad negara mencipta sesuatu ketika usianya sudah mencecah 33 tahun.

Penyerang berasal dari Terengganu itu tidak menganggap penyertaan bersama skuad Harimau Malaya kerana terpaksa, sebaliknya akan membalas segala kepercayaan diberikan jurulatih.

"Jurulatih Tan (Cheng Hoe) ada menghubungi saya, dia cakap saya masih boleh bermain lagi. Kalau boleh dia nak saya bantu skuad ini, pasukan Malaysia.

"Jadi saya harap bila saya kembali ini, saya harap rakan yang lain dapat memberi kerjasama dalam setiap perlawanan.

"Saya akan balas balik kepercayaan dia (Cheng Hoe), perlawanan demi perlawanan saya akan buktikan saya mampu, dan dapat balas balik kepercayaan jurulatih," katanya.

Kehadiran Mat Yo bersama pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh pada hari kedua latihan pusat malam tadi pasti melegakan Cheng Hoe selepas dua pemain itu tidak melaporkan diri pada hari pertama latihan, Isnin lalu.

Mat Yo sudah membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila menjadi penjaring terbanyak Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF tahun lalu selepas meledak lima gol.
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 29 Mei 2019 | 6:18pm

No comments:

Post a Comment