Ad

Thursday, 23 May 2019

CEMAS TERTINGGAL BAS SUM.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 18)
Sejak tahun 1985 saya menyewa di Taman Kajang Jaya bersama Ustaz Sayuti, Harun, Abdul Aziz, Abdullah Hassan, Amri Abdullah Cikgu Mahassan, Sallahuddin Jaafar Ibrahim Yaakob. Letak rumah kami dari jalan besar berhampiran Jalan Reko agak jauh. Kawan-kawan  yang tak ada motosikal cuma saya, Ustaz Sayuti dan allahyarham Abdullah Hassan.

      Ketika hari peperiksaan Kertas MM 3923 Metodologi Pendidikan,[1] saya berjalan kaki dari rumah  sewa sejak 7.10 pagi kerana menunggu bas 7.30 pagi dari Kajang ke UKM. Apabila sampai tempat menunggu bas, di Simpang Jalan Reko. Bas pun sampai
Tetapi bas tak berhenti kerana penumpang dah penuh. Bad merah datang lagi pikul 8.00 tetapi tidak berhenti juga kerana sudah penuh.

      Saya mula merasa cemas kerana peperiksaan bermula jam 8.30. Apa yang terlintas ketika itu ialah menahan apa sahaja kenderaan yang lalu. Akhir sekali dengan izin Allah, sebuah kereta pajero berhenti dan mempelawa saya naik. Tanpa segan-silu saya memberitahu hamba Allah tadi saya ketinggala dua buah bas SUM kerana dah penuh. Alhamdullah pemandu Pajero membawa kereta dengan laju. Sampai di DECTAR jam dah 8.45. Saya berlari masuk ke Dewan Peperiksaan, Dr Mohd. Yusf Ibrahim membenarkan saya mengambil peperiksaan setelah memberitahu saya ketinggalan dua buah bas kerana dah penuh. Saya menjawab soalan dengan cepat . Tetapi kerana dah rugi masa 14 minit, saya hanya dapad gred B kertas ini.  


[1] Transkrip Keputusan Tahun 3 Semester I dan II sesi 1986/87.

No comments:

Post a Comment