Ad

Thursday, 9 May 2019

Akhyar pikat BATE Borisov

SUKAN»Bola
Khamis, 9 Mei 2019 | 3:13pm
 
Gambar fail, Muhammad Akhyar Rashid (tengah) diasak 2 pemain China pada pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam, Mac lalu. - Foto Sairien Nafis
Akhyar pikat BATE Borisov

KUALA LUMPUR: Reputasi pemain sedang meningkat, Akhyar Rashid selepas menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melambung selepas pemain berusia 20 tahun itu dikatakan diintai kelab dari Belarus, BATE Borisov.

Menerusi satu kenyataan di laman Football Agent- Malaysia, juara Liga Perdana Belarus musim 2018 itu berminat untuk menguji pemain sayap lincah itu dalam masa terdekat selepas tertarik dengan potensi yang dimiliki pemain muda itu.

"Kami akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut.

"Beliau bakal menjadi pemain Malaysia pertama yang akan beraksi di saingan tertinggi Eropah sekiranya berjaya menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu serta BATE Barisov layak ke kejohanan terbabit bagi musim 2019/2020," kata kenyataan itu, hari ini.

Sebagai rekod, BATE Borisov keitka ini menduduki tangga ketiga liga selepas enam perlawanan dan pernah beraksi dalam saingan Liga Juara Juara  dan  Liga Europa.

Musim ini, mereka beraksi dalam saingan Liga Europa dan mara sehingga ke kelompok 32 terbaik sebelum tunduk di tangan Arsenal 1-3 secara agregat.

Akhyar menyertai juara bertahan Liga Super itu pada musim ini dengan kontrak selama empat tahun dengan pemain kebangsaan itu memiliki nilai tebus kontrak sebanyak RM12 juta.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE           Khamis, 9 Mei 2019 | 3:13pm

No comments:

Post a Comment