Ad

Wednesday, 1 May 2019

Kuala Lumpur perlu kerja keras

 INDRA PUTRA MAHYUDDIN meraikan jaringannya dalam aksi suku akhir
INDRA PUTRA MAHYUDDIN meraikan jaringannya dalam aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Felda United di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
30 April 2019 10:50 PM

KUALA LUMPUR 30 April - Kuala Lumpur perlu bekerja keras dalam aksi kedua selepas terikat 3-3 dengan Felda United dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad City Boys perlu menang dalam aksi suku akhir kedua bagi memastikan mereka layak ke saingan separuh akhir selepas Felda United berjaya meraih bekalan selesa dengan tiga gol di tempat lawan.


Dalam aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, The Fighters terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Azim Rahim pada minit ke-23 namun Indra Putra Mahyuddin berjaya menyamakan kedudukan lima minit sebelum masuk waktu rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Indra Putra meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-53 sebelum Azim menjaringkan gol peribadi kedua dalam perlawanan itu pada minit ke-60.

Pada minit ke-75, pemain tengah dari Brazil, Jocinei Schad meledak jaringan ketiga buat Felda United tetapi City Boys bangkit dengan jaringan ketiga mereka menerusi Paulo Josue.

Sementara itu, aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Manjung menyaksikan Perak terikat tanpa jaringan dengan PKNP.

Pertembungan pasukan ‘abang’ dan ‘adik’ menyaksikan pasukan Perak lebih banyak melakukan asakan ke pintu gol PKNP pada babak awal permainan.

Antaranya, rembatan Gilmar Jose Da Silva Filho dari luar kotak penalti pada minit ke-19 namun bola terkena palang sebelum dikeluarkan pemain PKNP.

Pasukan pelawat hampir meraih gol menerusi sepakan Brendan Gan pada minit ke-30 namun berjaya ditepis penjaga gol PKNP, Ahmad Asyraaf Omar.

Palang gol sekali lagi menafikan peluang Perak untuk mendapatkan jaringan melalui percubaan pemain penyerang, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi pada minit ke-36.

Perlawanan babak kedua agak perlahan apabila kedua-dua pasukan gagal melancarkan gerakan berbahaya malah hanya beberapa percubaan lemah dilakukan dan tidak tepat ke sasaran.

Perak akan melayan kunjungan PKNP dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Perak, Ipoh pada 11 Mei ini.-UTUSAN ONLINE 30 April 2019 10:50 PM

No comments:

Post a Comment