Ad

Saturday, 18 May 2019

Safiq kekal bersama Melaka

MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
 
TIADA sebarang pelepasan kepada perancang tengah Melaka United (MU) Safiq Rahim untuk menyertai mana-mana pasukan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Farhan Ibrahim berkata, tiada sebarang rundingan dan perbincangan antara persatuan itu dengan skuad lain yang dikatakan menyatakan minat menawarkan tempat buat bekas kapten kebangsaan itu.

Menurutnya, dia juga menafikan sebarang usaha MUSA untuk meminjamkan pemain terbabit kepada pasukan yang kini bersaing di Liga Super.

Beliau berkata, walaupun terdapat 'cerita' mengenai perpindahan pemain itu namun ia bukan menerusi saluran persatuan.

"Safiq akan kekal bersama pasukan Hang Tuah sepanjang musim ini. Khidmatnya memainkan peranan besar tanpanya pasti menjejaskan persiapan pasukan.

Timbul desas desus di kalangan peminat bola sepak tempatan menyatakan Safiq bakal menyertai Kedah sehingga penyokong MU juga jelas terkejut.

Menurut Farhan, setakat ini hanya empat pemain dipinjamkan kepada pasukan di Liga Super dan Liga Perdana membabitkan G Gopinathan ke PDRM, Wan Shukri Wan Ahmad dan Anselmo Casagrande (Pulau Pinang), Nurshamil Abd Ghani (Selangor United) serta Darko Markovic (Kuala Lumpur).

Sementara itu, MUSA juga tidak menyenaraikan mana-mana pemain tempatan mengambil alih tempat pemain yang dipinjamkan.

Menurutnya, kebanyakan pemain sudah mewakili pasukan, justeru MU mengambil pendekatan untuk tidak menyenaraikan mereka selain hanya mengekalkan barisan sedia ada dengan membawa masuk dua import baharu bagi menggantikan Markovic dan Casagrande.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 1:00 PM


No comments:

Post a Comment