PEMANGKU ketua
jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tetap tenang mengendalikan pasukan
sehingga berjaya catat satu kemenangan dan sekali seri. - NSTP/Ghazali Kori
Nafuzi tetap
tenang
Oleh Malik
Muhamad
sukanteam@nstp.com.my
KUALA
TERENGGANU: Biarpun berada dalam situasi tertekan, pemangku ketua jurulatih
Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tetap tenang mengendalikan pasukan sehingga
berjaya merakam satu kemenangan dan sekali seri.
Malah bekas
pemain skuad Terengganu itu yang baru mengambil alih tugas berkenaan sejak tiga
minggu lalu selepas ketuanya, Irfan Bakti Abu Salim meletak jawatan, berjaya
mengembalikan semula keyakinan peminat setia skuad Penyu.
"Setiap
jurulatih sememangnya ada tekanan, jika anda jurulatih kampung pun juga ada
tekanan, jika pasukan anda beraksi mesti ada tekanan kerana mahukan pasukan
anda menang.
"Namun
begitu ini adalah asam garam dalam bola sepak, lagipun dalam hidup perlu ambil
risiko, jika saya tak mahu ambil risiko lebih baik saya kerja lain, kerani ke
sebagai contoh," katanya.
Pada 15 Mei
lalu, Irfan dikritik peminat setia skuad itu susulan prestasi tidak konsisten
pasukan termasuk tewas 3-5 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) sebelum
bertindak melepaskan jawatan secara mengejut selepas mesyuarat khas Persatuan
Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).
Berikutan itu,
PBSNT melantik penolong jurulatih, Nafuzi sebagai ketua pengendali sementara
pasukan itu dengan dibantu dua jurulatih berpengalaman iaitu Mohamad Nik dan
Kamaruddin Annuar.
Selepas dua
perlawanan diharungi Nafuzi, jurulatih muda itu 'lulus ujian' selepas mencatat
keputusan seri 1-1 bertemu FELDA United di tempat lawan manakala perlawanan
kedua bertemu Selangor, skuad itu melakar kemenangan tipis 1-0 di Stadium
Sultan Ismail Nasirudin Shah.
"Selepas
pertemuan dengan FELDA, corak permainan pasukan ada peningkatan biarpun
berdepan masalah kecederaan pemain termasuk Igor Zonjic cedera di bahagian mata
manakala Thierry Chantha Bin cedera lutut, tapi semangat juang pemain tetap
tinggi, ini yang menggembirakan kami," katanya.
Selepas 15
perlawanan, TFC kini menghuni tangga keenam liga dengan mengutip 20 mata,
terpisah enam mata dengan pasukan di kedudukan kedua liga, Pahang yang
mengumpul 26 mata.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Isnin, 27 Mei 2019 | 8:42pm
No comments:
Post a Comment