MyMetroUtama
BERNAMA
UMAT Islam di
Malaysia akan mula berpuasa esok, 6 Mei 2019, demikian diumumkan Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.
Syed Danial
berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah
ditetapkan pada hari itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah
diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman
ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)
malam ini.
Sebelum ini,
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan
tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat
Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 5 Mei, Ahad bersamaan 29 Syaaban 1440
Hijrah.
Jawatankuasa
berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.
Majlis
Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa
adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Sumber-Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 8:22 PM
No comments:
Post a Comment