Ad

Thursday, 2 May 2019

Peluang masih terbuka buat Pahang

 DOLLAH SALLEH
DOLLAH SALLEH
02 Mei 2019 6:48 PM

KUALA LUMPUR 2 Mei- Pengendali Pahang, Dollah Salleh, optimis peluang untuk pasukannya layak ke peringkat seterusnya masih terbuka meskipun tewas tipis 1-2 kepada Terengganu FC (TFC) dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, malam tadi.

Tambahnya, yang membawa skuad Tok Gajah muncul juara Piala FA musim lepas turut berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya terutama pada babak kedua.


“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan corak permainan pemain tetapi dua kesilapan mudah menyebabkan kita bolos dua gol.

“Namun kami kembali bangkit dan berjaya mendapatkan satu gol. Babak kedua sudah lama kami tak tunjuk corak permainan seperti ini, namun keputusan tidak berpihak kepada Pahang.

“Dengan kedudukan agregat ini, saya percaya pastinya pemain-pemain akan memberikan lebih daripada 100 peratus untuk aksi kedua di laman sendiri,” katanya.

Dalam aksi di Kuala Terengganu itu, Pahang tenggelam dengan jaringan awal pemain tuan rumah, Abdul Malik Mat Ariff, pada minit kesembilan untuk memecahkan kebuntuan.

Kipre Tchetche kemudian menggandakan jaringan untuk kedudukan 2-0 pada minit ke-27 sebelum Ze Love merapatkan kedudukan menerusi tandukan kemas pada minit ke-58.

Bagaimanapun, jaringan Ze Love belum cukup memuaskan hati Dollah dengan menyifatkan pemain Brazil itu beraksi di bawah tahap prestasi sebenar serta tidak menepati statusnya selaku penyerang elit.

“Ketiadaan (Dickson) Nwakaeme menyebabkan jentera serangan Pahang ketiadaan naluri pemusnah walaupun mencipta banyak peluang.

“Saya mahukan lebih lagi daripada dia (Ze Love). Walaupun menjaringkan gol, saya beritahu dia perlu tambahkan usaha,” ujarnya.
SUMBER-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 02 Mei 2019 6:48 PM

No comments:

Post a Comment