Ad

Monday 20 May 2019

1988-BERBASIKAL KE SEKOLAH ADABI


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 11)
Hari Ahad 19 Jun 1988 saya memulakan tugas sebagai Guru Sejarah dan Bahasa Melayu di Sekolah Adabi, Pasir Puteh. Saya mengajar Sejarah Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas. Untuk subjek bahasa Melayu saya mengajar pelajar Tingkatan 5 sahaja. Saya tidak mempunyai kenderaan yang ada ialah basikal tua yang saya beli dengan duit biasiswa semasa di Tingkatan 4.

      Selepas sarapan pagi saya bertolak ke Sekolah Adabi yang jaraknya 11 kilometer dari rumah. Saya mengayuh basikal tua dengan laju untuk ke sekolah. Basikal tua ni dah lama tak naik dan berbunyi kreeok kereook. Laluan terdekat ialah melalui Klinik Pasir Puteh dan jalan ke Sekolah Menengah Kamil, tempat saya belajar selama 7 tahun di sekolah menengah. Apabila melalui sekumpulan pelajar yang berjalan kaki semua ketawa melihat basikal yang saya tunggang berbunyi kerook kerenyik. Macam biasa saya buat muka toya sahaja. Sampai ke sekolah pukul 7.00 pagi saya meletak basikal di bawah pokok gelam. Rasa sayu juga melihat rakan guru lain datang ke sekolah menaiki motosikal dan kereta. Semua cikgu ketawa melihat basikal saya kecuali kawan baik Ustaz Sayuti.[1] Saya bersyukur walau pun hidup miskin saya dapat menghasilkan pelajar STPM yang mendapat prisipal A sejarah dan ada yang menyambung belajar di UKM.


[1] Catatan Dairi 1988.

No comments:

Post a Comment