Ad

Thursday 16 May 2019

Cheng Hoe tidak pilih Zaquan

 JURULATIH Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe hanya mengekalkan 14 daripada
JURULATIH Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe hanya mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat sebelum ini untuk menghadapi Piala AIRMARINE 2019 dan kapten, Zaquan Razak antara digugurkan. FAM
16 Mei 2019 11:28 AM

KUALA LUMPUR 16 Mei - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membuat kejutan apabila tidak menyenaraikan kapten, Zaquan Adha untuk menyertai kem latihan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Difahamkan faktor kecergasan menjadi punca Cheng Hoe tidak menyenaraikan penyerang Kedah itu malah jurulatih berusia 51 tahun itu hanya mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat sebelum ini untuk menghadapi Piala AIRMARINE 2019.


Selain Zaquan, tiga lagi pemain skuad naib juara Piala AFF 2018 iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Ahmad Hazwan Bakri (Johor Darul Ta’zim) turut digugurkan.

Baki tujuh pemain lain yang turut digugurkan adalah Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi (Selangor), Hadin Azman (Felda United), S. Kumaahran (JDT II), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak) dan Nicholas Swirad (PKNS FC).

Menggantikan kekosongan tersebut, Chengo Hoe memanggil enam pemain yang terlibat dalam kempen Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFC 2020 pada Mac lalu iaitu empat pemain JDT – Safawi Rasid, Akhyar Rasid, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan serta Syahmi Safari (Selangor) dan Faisal Abdul Halim (Pahang).

Tiga pemain JDT iaitu penjaga gol, Farizal Marlias, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad bersama Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak) dipanggil menyertai kem latihan. Melengkapkan senarai, pemain berdarah campuran, La’Vere Corbin-Ong (JDT) dan Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC) menjadi pilihan Cheng Hoe.

Kem latihan pusat bermula pada 27 Mei ini dan skuad kebangsaan yang berada di kedudukan ke-168 akan bertemu Nepal di kedudukan ke-161 pada 2 Jun dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukti Jalil.

Cheng Hoe akan menggugurkan tiga pemain sebelum memuktamadkan senarai 23 pemain untuk dua perlawanan bertemu Timor-Leste di venue yang sama pada 7 Jun ini dengan aksi tempat lawan turut diadakan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Jika berjaya mengatasi Timor-Lester, Harimau Malaya akan mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala DUnia 2022/Piala Asia 2023 membabitkan 40 pasukan terbaik Asia yang dibahagikan kepada lapan kumpulan (lima pasukan setiap kumpulan) dan akan berlangsung selama sembilan bulan untuk 10 hari perlawanan dari 5 September ini hingga 9 Jun 2020. – SUMBER UTUSAN ONLINE 16 Mei 2019 11:28 AM

No comments:

Post a Comment