Persiapan
Harimau Malaya dijangka terjejas susulan kecederaan Syahmi
Mohamad
Firdaus Abdullah
21 Mei 2019
8:51 AM
CHENG HOE
resah dengan kecederaan menimpa Syahmi menjelang persiapan Harimau Malaya
menghadapi perlawanan persahabatan dan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 pada bulan depan.
KECEDERAAN
yang dihadapi pemain Harimau Malaya, Muhammad Syahmi Safari membuatkan
jurulatihnya, Tan Cheng Hoe tidak senang duduk memikirkan persiapan pasukan
menjelang aksi persahabatan dan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 pada bulan depan.
Nasib salah
seorang tonggak utama skuad Harimau Malaya kini dalam keraguan selepas Syahmi
mengalami kecederaan bahagian atas buku lali kanan ketika beraksi pada saingan
Liga Super bersama Selangor Sabtu lalu.
Perkara
tersebut membuatkan Cheng Hoe perlu memikirkan alternatif terbaik sekiranya
pemain berusia 21 tahun itu tidak dapat menggalas tanggungjawab bersama skuad
negara meskipun berada dalam senarai awal 26 pemain yang dikeluarkan minggu
lalu.
“Saya mendapat
berita berkenaan kecederaan Syahmi dan berharap ia tidak begitu serius.
“Apabila
mengetahui perkara ini, sudah tentu saya risau kerana semua tahu bahawa Syahmi
merupakan tonggak utama pasukan dan sangat berpengalaman bersama skuad Harimau
Malaya.
“Apa pun, saya
akan tunggu keputusan ujian imbasan pengimejan resonans magnetik terlebih
dahulu bagi mengetahui tahap sebenar kecederaannya.
“Sekiranya ia
serius, saya akan duduk berbincang dengan barisan kejurulatihan untuk mencari
pengganti sesuai bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkannya,” katanya ketika
dihubungi Kosmo! semalam.
Sebagai rekod,
skuad negara bakal memulakan kem latihan pusat pada 27 Mei ini sebelum
menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2 Jun depan. Perlawanan persahabatan
itu diadakan sebelum berlangsungnya aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste di stadium sama pada 7 dan 11 Jun
depan.
KOSMO ONLINE 21
Mei 2019 8:51 AM
No comments:
Post a Comment