BERNAMA | 20
May 2019
Dollah Salleh
SKUAD Pahang
terlalu bergantung kepada penyerang import, Dickson Nwakaeme sehingga
ketiadaannya menjejaskan peluang untuk mencipta kemenangan, akui jurulatihnya
Dollah Salleh.
Perkara itu
juga menurut Dollah adalah penyebab mengapa Tok Gajah sekadar seri tanpa jaringan
semasa bertemu Perak pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini,
malam tadi.
"Perkara
ini perlu dielakkan kerana tidak mencerminkan Pahang sebagai pasukan yang
terdiri daripada pemain profesional. Kita sering mengingatkan mereka, tetapi
pemain masih tetap mengharapkan Nwakaeme untuk mencipta jaringan.
"Mereka
perlu sedar kita bukan bermain seorang atau secara individu tetapi turun dengan
kesebelasan utama di atas padang...kita melakukan pelbagai cara untuk
mengatasinya termasuk meletakkan Mohamadou Sumareh di posisi penyerang,"
katanya selepas perlawanan.
Dollah
bagaimanapun mengakui perubahan posisi Sumareh dalam perancangan pasukan itu
kini mula menampakkan hasil positif meskipun belum sepenuhnya. "Sumareh
juga nampak sudah semakin selesa bermain di posisi penyerang cuma kita belum
mendapat gandingan serasi untuknya. Ia berbeza apabila Sumareh berganding
dengan Nwakaeme kerana persembahan mereka nampak lebih mantap," katanya.
Sementara itu,
pengendali Perak Mehmed Durakovic mengakui persembahan The Boss Gaurus pada
perlawanan itu tidak begitu baik kerana beberapa pemain baharu mereka belum
cergas sepenuhnya untuk berdepan Pahang.
"Para
pemain kami beraksi dalam kelas berbeza dan struktur permainan kami adalah
baik. Walaupun seri, ia masih baik memandangkan kami mendapat satu mata di
tempat lawan," katanya. -Bernama
SUMBER-Artikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/28972/BERITA/Sukan/Pahang-terlalu-bergantung-kepada-Nwakaeme-Dollah©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment