MyMetroUtama
Mohd Husni
Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
BERITA dinanti
akhirnya kunjung tiba buat 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara apabila
kerajaan hari ini mengumumkan agihan Bantuan Khas Kewangan RM450 bagi Gred 56
dan ke bawah sebagai persedian menyambut Aidilfitri.
Selain itu,
bantuan khas sebanyak RM225 turut diberikan kepada hampir 800,000 pesara
kerajaan di seluruh negara.
Berita baik
itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya,
bantuan khas akan dibayar pada 24 Mei ini.
“Kerajaan
bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta
penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari
Raya Aidilfitri 2019.
“Bantuan khas
ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 800,000 pesara kerajaan sebagai
menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225,” katanya.
Katanya,
bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini
membabitkan anggaran peruntukan kewangan RM855 juta.
sumberArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 6:08 PM
No comments:
Post a Comment