Ad

Saturday 18 May 2019

Baddrol mahu Helang Merah tebus semula maruah

Mohamad Firdaus Abdullah
18 Mei 2019 10:44 AM
 Baddrol (kiri) yakin Kedah akan bangkit daripada kekalahan kepada
Baddrol (kiri) yakin Kedah akan bangkit daripada kekalahan kepada Selangor Rabu lalu dengan mencatat kemenangan ke atas Melaka United malam ini.

KETUA pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yakin skuad Helang Merah itu akan mempamer kebangkitan apabila turun berdepan Melaka United bagi aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Kedah tewas 1-3 kepada Selangor pada aksi di Stadium Shah Alam pada Rabu lalu, sekali gus menyebabkan mereka semakin jauh mengejar kedudukan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim.


Meskipun mengakui kalah dan menang adalah sesuatu yang lumrah dalam bola sepak, Baddrol bagaimanapun mahu rakan sepasukannya melupakan kekecewaan tersebut serta memberi fokus sepenuhnya pada pertemuan dengan skuad Sang Kancil itu yang akan tampil dengan motivasi tinggi setelah menang besar 6-0 ke atas Felda United dalam aksi sebelumnya.

“Kalah dan menang adalah lumrah bola sepak, jika kita leka kita akan dihukum. Apa yang penting ialah kami telah berusaha untuk bangkit semula pada separuh masa kedua di Shah Alam, cuma yang menghalang kami mencuri mata di sana ialah palang dan tiang sahaja.

“Jadi, untuk aksi kali ini di laman sendiri, saya mahu rakan sepasukan melupakan kekalahan lalu dan memberikan tumpuan sepenuhnya berdepan Melaka United,” jelas Baddrol.

Pada masa sama, pengendalinya, Aidil Sharin Sahak turut meluahkan keyakinan bahawa para pemainnya akan menebus kekecewaan tersebut dengan menjadikan Melaka United sebagai mangsa.

“Saya tetap yakin pemain kami akan bangkit meraih tiga mata. Kesungguhan mereka untuk melakukan kebangkitan amat ketara pada babak kedua di Shah Alam sebelum ini dan mereka pasti akan melakukannya sekali lagi malam esok (malam ini).

“Bukan sesuatu yang mudah apabila berdepan Melaka United, namun saya percaya dengan kemampuan pemain pasukan ini,” tegasnya.

Kedah kini turun di tangga keempat liga dengan mengumpul 19 mata hasil lima kemenangan, empat seri dan empat kekalahan manakala Melaka United di tangga kelima apabila berkongsi mata yang sama de­ngan mereka.
Sumber-KOSMO ONLINE 18 Mei 2019 10:44 AM

No comments:

Post a Comment