AKHYAR RASHID
(kiri) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Stadium Arena
Universiti Malaya, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
Rozaidi
Zulkifli
28 Mei 2019
5:35 PM
KUALA LUMPUR
28 Mei - Bintang muda Harimau Malaya, Akhyar Rashid bersedia membantu
menajamkan lagi barisan serangan Harimau Malaya menjelang aksi playoff pusingan
pertama Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada 7 dan 11 Jun ini
menentang Timor Leste.
Jelasnya,
latihan di bulan puasa sedikit sebanyak memberi cabaran untuknya mengekalkan
stamina namun inilah antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai
seorang pemain bola sepak.
“Kalau
jurulatih bagi peluang mana-mana tempat di bahagian serangan, saya boleh
bermain cuma nak mencari keserasian itu perlukan masa sedikit.
“Latihan hari
ini (semalam) ok tapi sedikit letih sebab di bulan puasa. Apapun ini adalah
tanggungjawab kami sebagai pemain,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum
sesi latihan di sini hari ini.
Akhyar sering
mencuri tumpuan peminat bola sepak negara dengan aksi lincahnya di atas padang
dan kemahiran tinggi melakukan gelecekan yang sering mendatang masalah kepada
pihak lawan.
Biarpun,
kurang mendapat tempat ketika Piala AFF 2018, namun pemain kelahiran Kedah itu
sering memberi impak setiap kali diturunkan.
“Sepanjang di
JDT (Johor Darul Ta’zim), banyak peningkatan yang saya berjaya lakukan dari
segi fizikal dan mental.
“Kali ini saya
lebih bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama jika diberi kepercayaan
oleh jurulatih,” jelasnya. – sumber UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment