Ad

Tuesday, 28 May 2019

MELAWAT MAKAM HANG JEBAT


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 35)
Pada hari Ahad tiada latihan sukan atau aktiviti Pengakap. Saya akan ke Bandar Hilir dengan Md Riffin untuk mengambil duit biasiswa RM500.0 untuk membayar sewa rumah dan membeli barangan dapur. Tambang bas ke bandar Melaka dari Tanjong Kling cuma RM0-50. Selepas selesai mengambil duit di mesin ATM, BSN kami akan melawat Makam Hang Jebat.Makam Hang Jebat terletak di Kampung Kuli, Jalan Gelanggang di bandar Melaka. Ketika itu Makam Hang Jebat terbiar tidak berpagar. Tak ramai pengunjung yang datang melawat Mmakam Hang Jebat ketika itu.[1]

Hang Jebat ialah salah seorang dari lima pahlawan terkenal selain Hang Tuah. Apabila sahabat baik beliau, Hang Tuah, dihukum bunuh oleh Sultan Mansor Shah tanpa usul periksa dan bukti, beliau telah mengamuk dan bertindak mederhaka kepada Sultan. Sultan Mansor lari ke Kelang. Apabila Sultan tahu yang Hang Tuah masih hidup disegera perintah Hang Tuah menghapuskan Hang Jebat. Maka berlakulah pertempuran selama 3 hari 3 malam dan akhinya Hang Jebat telah tewas.

Makam Hang Jebat ini juga dipercayai hanyalah makam peringatan yang dibina oleh Sultan. Di mana makam sebenar tidak diketahui malah berlaku percanggahan dengan penulisan Sejarah Melayu yang tertulis ”Maka bangkai Hang Jebat pun di tarik orang lah ke laut, maka segala anak bini nya semua habis di umbut (di halau) datang kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah habis di gali di buang ke laut “. Ada juga yang percaya Mayat Hang Jebat telah dibawa lari oleh Dang Wangi ke Pulau Besar, kampung Dang Wangi, dan di kebumikan di sana.[2]


No comments:

Post a Comment