Mulai bulan Januari Pemilik
Institut Pendidikan cemerlang, meminta saya mengadakan Kelas STPM untuk
pelajar-pelajar yang dah bekerja. Kelas ini diadakan pada hari Sabtu jam 9.00-11 pagi. Tujuan kelas ini
diadakan ialah untuk menambah pendapatan sekolah swasta baru ini dan pendapatan
tambahan untuk saya. Jumlah pelajar ketika itu cuma lima belas orang.
Seperti biasa saya siapkan soalan dan
skema untuk dibentang dalam kelas. Skema tersebut berdasarkan analisis
kekerapan soalan . Saya siapkan skema ini pada hari Jumaat dan terus fotostat
20 salinan. Kerja-kerja menaip nota dengan menggunakan mesin taip saya buat
setipa hari Jumaat. Ini kerana hari Jumaat hari cuti umum di Kelantan, hari ahad pula hari pertama persekolahan.
Pada hari Sabtu selepas sarapan, jam 8.20
saya mengayuh basikal ke Institut Pendidikan Cemerlang dan sampai ke Institu
pada pukul 8.30. kali ini basikal saya dah dibaiki dan tidak berbunyi kreypook
keriaat lagi.Selepas meletak basikal di bawah pokok, saya berehat di bawah
pokok sambil membaca skema untuk persediaan mengajar. Ketika itu datang seorang
pelajar lelaki degan menaiki motosikal. Umur sebaya dengan saya. Kami
bersalaman, pelajar tadi yang melihat saya mengambil barang dari raga basika
lbertanya saya pelajar baru juga. Saya jawab ya, sambil memperkenal diri sebagai ahmad Yaakob dari
Kampung Chapa. Pukul 8.30 setengah kelas. Bila kelas Sejarah STPM Kertas 2
bermula saya mengagihkan soalan dan skema serta memperkenalkan diri saya
sebagai Cikgu Ahmad Yaakob. Pelajar baru tadi terkejut kerana tidak menyangka
lelaki berbasikal tadi seorang cikgu. Kami kemudian berkawan baik.[1]
No comments:
Post a Comment