Ad

Thursday, 9 May 2019

Kelab Belarus mahu uji Akhyar

MyMetroArena
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@mediaprima.com.my
 
'SAHAM' penyerang lincah Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid makin 'mencanak' selepas dikatakan diintai kelab Liga Perdana Belarus, Bate Borisov.

Football Agent – Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook mereka hari ini, menyatakan kelab yang menduduki tangga ke tiga selepas enam perlawanan liga negara terbabit, berminat menguji pemain kelahiran Kedah itu dalam masa terdekat.

Menurutnya, sekiranya berjaya menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu, Akhyar berkemungkinan menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Liga Eropah pada musim 2019/2020.

Musim ini, BATE Borisov terkeluar daripada saingan Liga Europa selepas tewas kepada Arsenal dengan agregat 3-1 pada pusingan kalah mati.

"Bate Barisov juga tidak asing lagi dalam kancah saingan UCL dan Liga Eropah.

Pada musim 2018, mereka memenangi liga utama Belarus buat kali yang ke-13 berturut-turut.

"Kami akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut," katanya.

Untuk rekod Akhyar baru menantangani kontrak empat tahun bersama JDT pada penghujung tahun lalu dan tebus kontraknya bernilai RM12 juta bagi mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Akhyar yang juga pemenang anugerah penyerang muda terbaik sebelum ini menjadi fokus peminat bola sepak tanah air apabila menjadi rebutan antara pasukan asalnya, Kedah dengan JDT.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 1:36 PM


No comments:

Post a Comment