Ad

Sunday 26 May 2019

KENANGAN DI MASJID UKM 1984-1990.


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 28)
Kenangan pertama di Masjid UKM ialah ketika Minggu orientasi Tahun 1 Sesi 1984 Jun 1984. Kami pelajar tahun 1 berajalan kaki  dari Kamsis E ke Masjid UKM  seawal 5.00 pagi hari jumaat. Ssaya masih ingat lagi bagaimana saya berjalan kaki dalam keadaan sangat mengantuk keran keletihan menjalani orientasi pada siang hari. Selepas solat, Dato’ Sanusi Junid menyampaikan ceramah kepada pelajar tahun 1.[1]

      Kenangan kedua, pada tahun 1985 semua pelajar beragama Islam memenuhi Masjid UKM sejak waktu maghrib untuk mendengar ceramah dan penerangan Dr Harun Din tentang Isu Al-Quran Hilang. Ketika itu kecoh satu Malaysia tentang isu ini kerana ada yang mendakwa al-Quran di rumah mereka hilang enam muka surat. Antara yang terlibat ialah Profesor Dr Zakaria Awang Soh, Deakan FSKK. Semua pelajar ketika itu tidak kira rock atau islamik memenuhi tiga Paras Masjid UKM.[2]

      Kenangan ketiga, selelum menjalani Llatihan mengajar pada bulan Mac 1990, Ustaz Raof Dalip mengadakan qiamulai di Masjid UKM. Ssemua pelajar dikehendaki bermalam di Masjid UKM selepas solat Isyak. Semua pelajar juga makan malam di Masjid UKM. Saya bersama Abdul Mmanaf, Ramlee Ismail, Md Riffin Deraman, Ustaz Wali dan Ustaz Ramly tidur di masjid pada malam itu. Sda juga pelajar yang membawa dan membakar ubat nyamuk pada malam itu untuk memastikan dapat tidur nyenyak.[3]   

Berikut Sejarah Penubuhan Masjid UKM;
MASJID UKM telah dibina di atas tapak seluas dua hektar yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembinaannya dimulakan pada 16 Mac 1979 dengan kos berjumlah RM 5.1 juta. Ia telah diserahkan secara rasmi kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari Rabu 14 April 1982. Usaha pengimarahan masjid ini bermula pada hari Jumaat 16 April 1982.

Reka bentuk Masjid UKM adalah hasil ilham Encik Abdullah Bakri, bekas Pengarah Unit Pembangunan, UKM. Bangunan ini dikelilingi oleh enam menara dan sebuah menara besar setinggi 6666 sentimeter yang telah diilhamkan oleh Tun Syed Nasir, bekas Pro Canselor UKM.[4]

Bangunan Masjid ini mengandungi tiga paras di mana pada awal penubuhan, paras dua digunakan ketika solat fardhu untuk jemaah lelaki manakala paras tiga untuk jemaah wanita. Paras satu pula digunakan untuk solat Jumaat. Bangunan Masjid ini berkeluasan 25 713.41 meter persegi (74 500) dan boleh menampung jemaah seramai 5000 orang dalam satu – satu masa.

Paras satu Masjid mempunyai sebuah dewan solat, temapt wudhu (lelaki dan wanita), tandas ( lelaki dan wanita), pejabat pentadbiran Pusat Islam UKM dan sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik rehat imam dan bilal, tiga buah bilik seminar dan sebuah bilik mandian jenazah.

Paras dua Masjid mempunyai sebuah dewan sembahyang, sebuah Kutub Khanah dan sebuah bilik tetamu (VIP).

Paras tiga pula mempunyai dewan solat wanita, bilik studio dan dua tempat wudhu.

Persekitaran masjid mempunyai enam buah pondok wakaf, sebuah dapur (termasuk bilik mandi dan tandas), dua buah tempat wudhu serta terdapat lebih kurang 300 lot tempat letak kereta.[5]




[1] Catatan Dairi 1984.
[2] Catatan Dairi 1985.
[3] Catatan Dairi 1990.
[4] http://www.ukm.my/pusatislam/latar-belakang/latar-belakangsejarah-penubuhan/
[5] Ibid.

No comments:

Post a Comment