NORAWAZNI
YUSOF | 22 May 2019
Salehuddin
(kiri) bersama Abdul Rahman ketika mengadakan sidang media khas mengenai
pengumuman kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di
Wisma Sri Pahang, hari ini.
KUANTAN -
Kerajaan negeri mengumumkan esok sebagai cuti umum bagi Pahang dan tempoh
berkabung selama 40 hari bagi memberi penghormatan terakhir kepada kemangkatan
Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan
Abu Bakar.
Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak berkata, tempoh berkabung itu
ditetapkan bermula hari ini.
Beliau juga
mengarahkan semua acara dan program berbentuk hiburan yang dijadualkan di
seluruh Pahang dibatalkan selain semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang.
"Bagi
tempoh perkabungan ini membabitkan rakyat selama 40 hari, manakala bagi kerabat
Diraja pula selama 100 hari.
ARTIKEL
BERKAITAN: Sultan Ahmad Shah raja disenangi rakyat
"Istiadat
pemakaman jenazah Almarhum dijangka akan disempurnakan selepas solat Zuhur esok
di Makam Diraja Pekan," katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.
Turut hadir
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Timbalan Yang Dipertua
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul
Wahid Wan Hassan.
Beliau
berkata, semua masjid dan surau di Pahang juga diminta mengadakan majlis tahlil
dan doa selamat bermula malam ini.
Jelasnya,
rakyat boleh menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan
Ahmad Shah bermula 9 malam ini.
“Rakyat
dibenarkan menziarah jenazah Almarhum jam 9 malam ini di Balairung Seri Istana
Abu Bakar Pekan sehingga jam 9 pagi esok.
"Bagi
orang kenamaan pula boleh memberi penghormatan terakhir bermula jam 11 pagi
esok, sehinggalah jenazah dibawa ke Makam Diraja bagi urusan pengebumian,"
katanya.
Jenazah
dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 5
petang ini sebelum dibawa terus ke Istana Abu Bakar, Pekan.
SUMBERArtikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/29310/BERITA/Nasional/Pahang-cuti-esok-tempoh-berkabung-40-hari?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Pahang
cuti esok tempoh berkabung 40 hari&utm_content=&utm_term=
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment