Ad

Tuesday 30 September 2014

Bincangkan cara perluasan kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19. [20]


Pendahuluan
Peluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke l9 bermula dengan Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826) apabila British berjaya menakluki Arakan dan Tenasserim.Perang Inggeris-Myanmar II (1852 -1853) mernbolehkan British menduduki Pegu.Perang Inggeris-Myanmar III (1885) menyebabkan Myanmar Hulu jatuh ke tangan British.Raja Thibaw dibuang negeri ke India dan berakhirlah institusi raja dan Dinasti Konbaung.

Isi-isi penting
Perang Inggeris- Myanmar I
1.Masalah pelarian Arakan di Chittagong.
Raja Bodawpaya menakluki Arakan pada tahun 1784. Ini menyebabkan Myanmar mempunyai sempadan sama dengan British di wilayah Chittagong. Pelarian-pelarian Arakan menggunakan wilayah British di India untuk menentang kerajaan Myanmar. Pada tahun 1811 Chin Byan, pemimpin pemberontak Arakan menawan Mrohaung.
2.Dasar peluasan kuasa Myanmar di bawah Raja Bodawpaya.
Antara tahun 1816-1819, Raja Bodawpaya menjalankan dasar perluasan kuasa terhadap Assam, Manipur dan Cachar.
3. Peluasan kuasa perancis.
Pada tahun 1782 Perancis menghantar Laksamana de Suffren ke India Selatan untuk menegakkan kekuasaannya di India.
Inggeris bimbang Perancis menggunakan Myanmar sebagai tapak menyerang British di India. Perancis membina pangkalan di Mergui di Myanmar.
4.Kepentingan perdagangan British di Myanmar.
British ingin menguasai Myanmar kerana perdagangan kayu jati. Sejak abad ke-18 Perancis menjalin hubungan perdagangan dengan Myanmar
5.Dasar peluasan kuasa Raja Bagyidaw dan Jeneral Maha Bandula.
Dasar Raja Bodawpaya diteruskan oleh cucunya raja Bagyidaw  dengan bantuan Jeneral Maha Bandula. Pada tahun 1822 Jeneral Maha Bandula menyerang Assam. Dua orang Putera Assam Chandrakanta Singh dan Puradar Singh meminta perlindungan British lalu bangkit menentang Myanmar, tetapi gagal.
-Perang Inggeris-Myanmar meletus pada tahun 1824 dan ditamatkan dengan perjanjian Yandabo.
- Myanmar kehilangan Arakan dan Tenasserim.
Perang Inggeris-Burma II
- Putusnya hubungan diplomatik antara Myanmar dengan British.
- Raja-Tharrawaddy enggan mengiktiraf syarat-syarat per1anjian Yandabo.
- Tuduhan ke atas Kapten Sheppard dan Lewis melakukan pembunuhan dan penipuan.
- Pergolakan politik mengancam kepentingan perdagangan British di Myanmar.
- Gabenor Pegu, Maung Ok menganiayai rakyat di Rangoon.
- Lord Dalhousie mengisltiharkan perang ke atas Myanmar.
- Selepas perang, Myanmar kehilangan Myanmar Hilir dan terputus dari laut.
Perang Inggeris - Burma III
- Dasar luar Raja Mindon Min yang berhubung dengan Perancis dan ltali.
- British bimbang perdagangan mereka tergugat.
- Masalah hubungan diplomatik. Raja Mindon Min berasa terhina kerana tidak boleh berhubung terus dengan London.
- Beliau hanya boleh mengadakan hubungan diplJmatik dengan wizurai India sahaja.
- Pada tahun 1857, Sir Douglas Forslthe dihantar mengadap Raja Mindon Min.
- Dia dipaksa menanggalkan kasut dan duduk bersila di lantai.
- British mengarahkan supaya mulai tahun 1875, semua urusan British tidak perlu berbuat demikian.
- Ini menaikkan kemarahan Raja Mindon Min lalu memutuskan hubungan peribadinya dengan Residen British.
- Saudagar British di Rangoon bimbang terhadap dasar pro Perancis yang diamalkan oleh Raja Mindon Min. Tambahan pula, saudagar British beminat menyelidik ialah perdagangan melalui Bhamo ke China dan menjalankan perdagangan dengan Myanmar Hulu.
Semasa pemerintahan Raja Thibaw, berlaku kekejaman pemberontakan, dan rampasan kuasa di istana untuk rnenggulingkannya.
- Semua ini menggangu perdagangan British dan golongan saudagar mendesak agar British campur tangan di Myanmar Hulu.
- British juga bimbang dengan dasar pro-Perancis yang dijalankan oleh Raja Thibaw.
Pada tahun 1885, Raja Thibar menuduh Syarikat Perdagangan Bombay-Burma mengambil lebih banyak kayu jati daripada had yang dibenarkan dan memberi rasuah kepada pegawai serta tidak membayar gaji kepada pekeria Myanmar.
- Raja Thibaw mengenakan denda sebanyak 23 juta rupi ke atas syarikat tersebut.
Kerajaan British mengalakkan imperialisme ke atas Myanmar pihak British menghantar kata dua agar perkara syarikat tersebut diserahkan kepada majlis timbang tara
- Pihak British tidak bersetuju dengan jawapan Raia Thibaw  lalu mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.
- Rala Thibaw kalah dan Myanmar Hulu jatuh ke tangan Rritish pada tahun 1885.
Penutup
Keinginan untuk mendapat konsesi perdagangan dan sumber kayu jati selain mencari jalan ke Bhamo untuk perdagangan.China mendorong peluasan kuasa British ke Myanmar.Selepas Tenasserim dan Arakan jatuh ke tangan British.British bertindak mencari alasan untuk mengilhakkan bahagian lain di Myanmar atas desakan ekonomi.Istana Myanmar bersikap konservatif dan sangat berpegang kepada adat tradisi menanggalkan kasut apabila menghadap raja. British tidak senang dengan adat tersebut.Myanmar mengalami perubahan politik, sosial, dan ekonomi akibat perluasan kuasa British.


Rozaimi perkuat Bujang Senang?


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 September 2014
Rozaimi (kanan) mewakili negara ketika kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-41, baru-baru ini. Rozaimi (kanan) mewakili negara ketika kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-41, baru-baru ini.
PENYERANG Sabah, Rozaimi Abdul Rahman atau Amy dilaporkan semakin hampir menyertai pasukan jiran, Sarawak bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menurut sumber, bekas pemain harimau Muda A itu yang pernah muncul penjaring terbanyak kejohanan kelayakan Sukan Asia Bawah 22 pada 2011 dengan 10 gol membuat keputusan berhijrah dengan tujuan mencari angin baharu.

"Berita ini tidak menghairankan kerana Amy pernah bermain dengan Sarawak pada 2010. Apa yang pasti, dia akan meninggalkan Likas tahun ini.

"Memang satu kehilangan besar kepada pasukan Sabah. Bukan sahaja Amy, tetapi ada pemain berkualiti yang digugurkan dan tidak disambung kontrak serta harus mencari kelab baharu," katanya.

Antara pencapaian terbaik diraih anak muda asal Bongawan itu, adalah membantu Selangor mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2012 dan memenangi anugerah penjaring terbanyak Pestabola Merdeka di Kuantan, Pahang tahun lalu.

Sumber-Sinar Harian online 29.9.14

Monday 29 September 2014

Gubal akta khas lindungi kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu

Oleh RAFIE AZIMI
ALOR SETAR 29 Sept. - Kerajaan didesak supaya menggubal satu akta khas bagi melindungi kemuliaan dan kesucian institusi Raja-Raja Melayu dengan memperuntukan hukuman berat terhadap mereka yang melakukan sebarang bentuk penghinaan.

Melalui sidang akhbar bersama antara Pergerakan Pemuda UMNO Kedah dan Selangor di sini hari ini, kedua-dua pihak turut menggariskan enam lagi cadangan yang dirasakan perlu bagi menghalang perkara itu daripada terus berleluasa termasuk melucutkan taraf kewarganegaraan individu yang didapati bersalah.

Sidang akhbar tersebut diadakan bagi mengecam kebiadaban Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Setar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiou Leong yang mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pelantikan Menteri Besar yang baharu. - UTUSAN ONLINE
Sumber-


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140929/dn_37/Gubal-akta-khas-lindungi-kemuliaan-institusi-Raja-Raja-Melayu#ixzz3Ei2OHF6L
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday 28 September 2014

Dollah pening pilih 22 pemain terbaik

Dollah pening pilih 22 pemain terbaik
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 September 2014
Aksi Safiq Rahim ketika perlawanan persahabatan menentang Terengganu.
Aksi Safiq Rahim ketika perlawanan persahabatan menentang Terengganu. Aksi Safiq Rahim ketika perlawanan persahabatan menentang Terengganu.

MESKIPUN sudah mempunyai bayangan 22 pemain bagi menyarung jersi kebangsaan, namun pengendalinya, Dollah Salleh belum bersedia mengumumkan senarai skuad Harimau Malaya sehingga 6 Oktober.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mendapati ramai dalam kalangan pemain yang diturunkan pada aksi perlawanan amal bertemu Terengganu kelmarin, mempamerkan prestasi luar biasa dalam merebut slot skuad kebangsaan menghadapi Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura November depan.

“Walaupun keadaan ini sedikit memeningkan saya, tetapi saya lihat ia satu petanda positif buat pasukan apabila rata-rata pemain berjaya membuktikan kebolehan sebenar.

“Kalau di bahagian serangan, saya tidak mempunyai masalah kerana kita sudah kenal pasti siapa mereka, tetapi kita berkemungkinan akan membuat sedikit rombakan di bahagian tengah kerana saya lihat hampir kesemua pemain di posisi ini mampu beraksi dengan baik,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan itu.

Mengulas perlawanan amal itu, bekas ketua jurulatih Pahang itu mengakui kehadiran skuad kebangsaan ke Terengganu tidak sia-sia apabila berjaya menguji kesemua pemainnya sepanjang permainan berlangsung.

“Secara keseluruhannya selepas kita mengharungi tiga perlawanan ketika bertemu Indonesia, Kemboja dan Terengganu, saya cukup berpuas hati dengan prestasi pemain.

“Jadi selepas kita mengumumkan 22 pemain itu nanti, barulah saya akan terus memberi perhatian terhadap skuad Harimau Malaya termasuk menetapkan formasi pasukan,” katanya.

Pada perlawanan amal itu, skuad Harimau Malaya terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Safiq Rahim pada minit ke-31 hasil lorongan cantik Joseph Kalang Tie.

Empat minit berselang, skuad bimbingan Dollah Salleh berjaya melebarkan kedudukan menerusi gol kedua hasil jaringan benteng pertahanan, Mohd Azmi Muslim.

Begitu pun kem tuan rumah memberi tentangan sengit merapatkan jurang gol melalui sepakan penalti yang disempurnakan dengan kemas Ismail Faruqi pada minit ke-38 dan Mohd Ashaari Shamsuddin menceriakan penyokong Terengganu apabila menjaringkan gol penyamaan lima minit selepas itu (minit 43).

Selang dua minit, Mohd Faiz Subri kembali menggamatkan stadium setelah membawa Terengganu di depan dengan gol ketiga.

Namun kegembiraan tuan rumah tidak kekal lama apabila pasukan kedua Dollah Salleh mengikat kedudukan menerusi Mohd Badri Radzi pada minit ke-54, manakala penyerang kelahiran Terengganu, Abdul Manaf Mamat menghadiahkan gol kemenangan Harimau Malaya empat minit selepas itu.


Sumber-Sinar Harian online 26.9.14

Kurang kuota Exco Pas ada unsur nepotisme?


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 September 2014

Senarai baharu Exco Selangor Senarai baharu Exco Selangor
SHAH ALAM – Tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengurangkan bilangan Exco Pas adalah tidak wajar kerana parti itu memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR dalam PRU13 lalu.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, Azmin sepatutnya mengekalkan empat kuota Exco daripada Pas seperti pentadbiran sebelum ini.

“Berdasarkan jumlah kerusi dimenangi dalam PRU13, Pas sepatutnya dapat lebih kerusi Exco. Lebih-lebih lagi jawatan menteri besar sudah diberikan kepada PKR.

“Namun, apabila jumlah Exco Pas dikurangkan dan diberi kepada PKR, seolah-olah menunjukkan wujud nepotisme dalam PKR. Keadaan ini boleh mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Pas di Selangor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Komposisi terbaharu Exco Selangor yang diumumkan Mohamed Azmin semalam menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.

Kuota Pas yang dikurangkan itu menampilkan muka baharu iaitu Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib manakala dua lagi adalah lantikan semula iaitu Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut Ismail, keadaan tersebut juga dijangka akan membuatkan politik di Selangor bertambah panas.

“Keadaan tidak akan begitu tenang kerana Pas tidak akan beri laluan mudah. Jika berterusan, mungkin beberapa bulan lagi akan wujud arena baru dalam politik di Selangor.

“Akan terjadi situasi ungkit-mengungkit dan tuduh menuduh yang seterusnya mewujudkan kerajaan negeri yang tidak stabil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas juga tidak mendapat sebarang kelebihan walaupun ditawarkan jawatan Timbalan Speaker bagi menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad yang kini tersenarai sebagai Exco.

“Nilai Timbalan Speaker lain sebab tugas mereka lebih kepada pengendalian dewan. Ia hanya menjadi syarat kepada Dun untuk bersidang.

“Berbeza dengan jawatan Exco yang mempunyai peranan lebih besar dalam pentadbiran negeri. Jadi, tiada kelebihan apabila jawatan Exco Pas diganti kepada Timbalan Speaker,” katanya.

Sumber-Sinar Harian Online 27 September 2014

Sukan Asia: Malaysia tambah satu emas


28 September 2014
Sukan Asia

KONTINJEN negara baru meraih emas ketiga setelah temasya Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan memasuki hari kelapan menerusi acara skuasy berpasukan wanita, semalam.

Namun, masih ada beberapa acara yang belum dipertandingkan termasuk terjun dan karate manakala acara memanah membuka peluang untuk meraih emas  sekiranya pasukan negara menang pusingan akhir recurve berpasukan lelaki hari ini.   

Trio Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin bakal
berdepan pemanah dari China Gu Xuesong, Qi Kaiyao dan Yong Zhiwei pada penentuan pingat emas, juga hari ini.

Skuasy berpasukan wanita menepati ramalan apabila menundukkan India 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Yeorumul Squash Courts.

Delia Arnold beraksi cemerlang menundukkan Anaka Alankamony 11-9, 12-10 dan 11-2 sebelum Datuk Nicol David, ratu skuasy negara yang juga pemain nombor  satu dunia melengkapkan kemenangan dengan menewaskan Dipika Rebecca Pallikal 11-7, 11-6 dan 11-3.

Malangnya pasukan skuasy lelaki gagal meraih emas acara berpasukan apabila tewas kepada India 0-2.

Mohd Azlan Iskandar yang kembali beraksi selepas dua tahun bersara bagaimanapun gagal menyekat kehebatan Harinder Pal Singh Sandhu pada perlawanan pembukaan dengan keputusan 8-11, 5-11, 11-8 dan 4-11.

Perseorangan pertama negara Ong Beng Hee yang diheret ke perlawanan lima set bagaimanapun gagal menyamakan kedudukan apabila beliau juga tewas dengan  Saurav Ghosal.

Beng Hee tewas 11-6, 7-1, 6-11, 14-12 dan 9-11. Satu lagi harapan pingat emas negara terletak di bahu pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei bakal beraksi dalam perlawanan separuh akhir menentang Lin Dan, hari ini untuk mendapatkan slot ke perlawanan akhir.  

Manakala beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Keong menambah koleksi gangsa dalam acara beregu selepas kalah kepada pasangan Korea Lee Yongdae/Yoo Yeonseong 6-21 dan 15-21.

Pemanah negara Muhammad Mahazan pula terlepas pingat gangsa apabila tewas kepada Paul Marton Dela Cruz dari Filipina 139-140. Terdahulu, Muhammad Zaki
tewas pada perlawanan separuh akhir kepada pemanah India Abhishek Verma 135-143.

Skuad hoki lelaki negara menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir selepas menundukkan Jepun 4-1.

Ini membuka peluang kepada pasukan negara untuk merebut slot ke perlawanan akhir, sekaligus mengintai pingat emas untuk kontinjen negara. – Bernama

Sumber-Sinar Harian online 28.9.14

Saturday 27 September 2014

Chong Wei tak gentar

Incheon: Pertembungan dinanti-nanti antara jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei dengan musuh tradisinya Lin Dan menjadi kenyataan pada separuh akhir Sukan Asia Incheon, hari ini.

Chong Wei, pilihan utama temasya, bangkit daripada tewas set pertama sebelum menundukkan Nguyen Tien Minh dari Vietnam 21-23, 21-16, 21-17 dalam masa satu jam 15 minit manakala Lin Dan mudah menyingkirkan bintang Jepun, Kenichi Tago 21-14, 21-18 pada suku akhir di Gimnasium Gyeyang, semalam.


Pemain nombor satu dunia itu kalah kepada jaguh China, Lin Dan pada perlawanan penentuan emas di Guangzhou empat tahun lalu.Kali terakhir dia mengatasi musuhnya itu adalah pada final Terbuka Korea 2012 dan sejak itu tewas semua tiga pertemuan dengan lawannya itu yang kini unggul dengan 22-9 bagi rekod pertemuan sesama mereka.“Saya memang mempersiapkan diri menghadapi aksi separuh akhir. Saya harap dapat bersedia dari segi mental dan fizikal dan tidak mahu membuat banyak kesilapan,” kata Chong Wei sebelum mengetahui Lin Dan lawannya pada separuh akhir.Satu lagi pertemuan separuh akhir menyaksikan juara dunia Chen Long dari China berdepan pemain Hong Kong, Wei Nan.
Foto
Datuk Lee Chong Wei

Sementara itu pasangan Goh v Shem-Tan Wee Kiong gagal ke final beregu lelaki apabila tewas kepada pilihan pertama tuan rumah, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 6-21, 15-21 pada separuh akhir.
Sumber-

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28

Kuala Nerus daerah terbaharu di Terengganu - Najib

KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2014 @ 3:54 PM
Kuala Nerus daerah terbaharu di Terengganu - Najib
 
KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu di Terengganu.

Kuala Nerus menjadi daerah kelapan selepas Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, hari ini.

Terdahulu, pada majlis itu Najib mengumumkan Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM350 juta bagi fasa pertama Hospital Pengajar Unisza (HPU).
"Peruntukan itu bagi menyediakan 200 katil untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Bagi fasa kedua melalui RMK-11, sebanyak 200 katil akan ditambah," katanya.
 
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata sesuatu dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (tiga dari kanan) pada Majlis Pecah Tanah hospital pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. - Foto Aswadi Alias

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2014

Vivian, Khe Wei pahat sejarah


 
Woon Khee Wei (kiri) dan Vivian Khoo melompat untuk membalas pukulan beregu Macau dalam perlawanan suku akhir di Gimnasium Gyeyang, Incheon semalam. - UTUSAN

INCHEON - "Apa... sudah 44 tahun Malaysia tidak pernah menang pingat beregu wanita? Wow... sangat lama, saya tidak tahu hendak kata apa."

Itu reaksi spontan Vivian Hoo-Woon Khe Wei sejurus diberitahu mereka melakar sejarah muncul pasangan badminton wanita pertama Malaysia meraih pingat pada Sukan Asia selepas 44 tahun dengan melangkah ke separuh akhir semalam.

Kejayaan menempatkan diri di peringkat empat terbaik mengesahkan sekurang-kurangnya gangsa dalam genggaman, namun juara Sukan Komanwel Glasgow itu mampu menghadiahkan pingat lebih baik sekiranya berjaya memenangi saingan separuh akhir hari ini.

Semalam, Vivian-Khe Wei beraksi dalam keadaan cukup tegang sebelum menumpaskan pasangan Macau, Wang Rong-Zhang Zhibo 21-15, 19-21, 21-19 dalam pertarungan suku akhir yang berlangsung selama 55 minit di Gimnasium Gyeyang.

Kemenangan tersebut membolehkan juara Sukan SEA 2013 itu menjadi penyumbang pingat pertama negara dalam beregu wanita sejak kali terakhir Rosalind Ang-Teoh Siew Yong melakukannya di Bangkok pada 1970 apabila meraih gangsa.

"Saya tidak tahu bahawa kita sudah terlalu lama tidak memenangi pingat dalam acara beregu wanita pada Sukan Asia, malah tidak memikirkan tentangnya ketika datang ke sini.

"Saya sangat gembira berjaya mencipta satu lagi sejarah buat Malaysia, namun cabaran kami belum berakhir kerana masih ada perlawanan yang perlu diharungi esok," kata Khe Wei pula.

Vivian, 24, mengakui, selepas mengejutkan pasangan handalan China, Yu Yang-Wang Xiaoli 17-21, 21-11, 22-20 kelmarin, mereka memberi tekanan berlebihan kepada diri sendiri apabila berdepan beregu Macau kerana terlalu ingin mencari tiket ke separuh akhir.

Kata Vivian, biarpun keyakinannya dan Khe Wei semakin meningkat selepas mengalahkan bekas juara dunia, Yu Yang-Xiaoli di pusingan kedua, namun pertemuan dengan pilihan utama dari Jepun, Ayaka Takahashi-Misaki Matsumoto hari ini adalah situasi yang sama sekali berbeza.Sementara itu, cabaran Malaysia dalam perseorangan wanita berakhir selepas pemain remaja berusia 19 tahun, Yang Li Lian tewas 16-21, 13-21 kepada pemain tuan rumah, Sung Ji-Hyun.

Dua beregu campuran negara, Chang Peng Soon-Ng Hui Lin dan Lim Khim Wah-Lim Yin Loo juga tersingkir awal.

Peng Soon-Hui Lin tumpas 15-21, 21-6, 15-21 kepada beregu Singapura, Danny Bawa Chrisnata-Vanessa Neo, manakala Khim Wah-Yin Loo ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Cheng Wen Hsing setelah tumpas 19-21, 19-21. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140926/su_01/Vivian-Khe-Wei-pahat-sejarah#ixzz3ENzFSkPl

© Utusan Melayu (M) Bhd

Jali kemaruk

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Lazimnya ayam betina bertelur dan mengeram selama 21 hari sebelum telur menetas, tetapi lain pula yang berlaku di Kampung Bukit Tumbuh, di sini, apabila seekor ayam jantan berkelakuan pelik kerana mengeram telur.

Jamsyaril Sawal Aziz, 30, berkata, ibu bapanya menternak ayam kampung sejak dia masih kecil, tetapi belum pernah berlaku kejadian pelik seperti itu.


“Macam cerita jenaka dan tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat. Saya sendiri terkejut dan tidak pernah melihat kejadian seperti ini.



“Ramai rakan dan penternak ayam tidak percaya dan terkejut apabila datang ke rumah menyaksikan sendiri ayam jantan itu mengeram,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, usia ayam jantan dipanggil Jali itu sekitar dua tahun dan dipelihara sejak setahun lalu selepas dibeli daripada seorang kenalan di Marang.


“Jali bukan saja mengeram, tetapi turut mengikut keletah ayam betina yang sedang mengeram seperti mematuk sesiapa saja yang mengganggunya.



JALI mengeram telur di Kampung Bukit Tumbuh.

“Sudah hampir dua minggu Jali mengeram. Pada mulanya cuma lima telur, tetapi memandangkan ramai penduduk datang melihat keletahnya, Jali terganggu menyebabkan empat telur pecah dan sekarang tinggal hanya satu,” katanya.


Menurutnya, dia menyedari keletah Jali itu apabila ayam betina yang sepatutnya mengeram di situ tidak lagi memasuki reban kerana diganggu haiwan itu yang kemaruk untuk mengeram.

“Malah, perbuatan Jali mengeram sudah heboh diceritakan di laman sosial Facebook dan blog penternakan ayam,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu Hamid Salleh berkata, kejadian ayam jantan mengeram memang jarang berlaku dan jika berlaku, ia mungkin didorong faktor usia ayam yang terlalu tua serta nyanyuk.


“Walaupun ayam jantan itu mengeram telur seperti ayam betina namun telur berkenaan tidak akan menetas dan ia akan rosak begitu saja,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Thursday 25 September 2014

Pengkalan Kubor: BN menang majoriti lebih besar


 Oleh LUKMAN ISMAIL
TUMPAT 25 Sept. - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor selepas calonnya, Mat Razi Mat Ail menang dengan majoriti 2,635 undi.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, Mat Razi memperoleh 9,961 undi menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim (7,326 undi) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (38 undi). - UTUSAN ONLINE
Sumber-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140925/dn_39/Pengkalan-Kubor-BN-menang-majoriti-lebih-besar#ixzz3EL8SxoOL © Utusan Melayu (M) Bhd

Proton Iriz RM42,438

Oleh Hafiz Ithnin

Tanjung Malim: Proton Holdings Bhd (Proton) yang sebelum ini menamakan model terbarunya sebagai Proton Compact Car (PCC) akhirnya mengumumkan secara rasmi nama model berkenaan sebagai Iriz dengan tawaran harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.

Iriz yang mempunyai nilai pelaburan RM560 juta itu dijangka menjadi penyumbang majoriti kepada 160,000 unit jualan keseluruhan model kenderaannya tahun ini.Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rekod itu dapat dicapai bersandarkan tempahan Iriz sejumlah 17,000 unit sejak ia dibuka kira-kira dua minggu lalu dan penghantaran pertama pada pertengahan Oktober ini.

Beliau berkata, Iriz juga akan menjadi faktor peningkatkan jualan bulanan Proton yang sebelum ini mencatatkan 16,000 unit sebulan namun sedikit menurun berikutan beberapa perkara.
Foto
PROTON Iriz ditawarkan dengan harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.

"Iriz adalah model terbaru Proton yang mempunyai ciri terbaik dari segi reka bentuk dan teknologinya serta mendapat pengiktirafan daripada Program Penilaian Kereta Baru Asean (Asean NCAP)."Malah, dari segi keselamatan juga Iriz mempunyai standard yang tinggi setara dengan kehendak pasaran ekpsort global dan kita percaya ia akan membantu meningkatkan keuntungan syarikat tahun ini," katanya pada pelancaran Iriz di sini, hari ini.
Sumber-

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/25

Selangor janji aksi terbaik


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 September 2014

Elie Aiboy antara daya tarikan pertemuan menentang Singapura di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. Elie Aiboy antara daya tarikan pertemuan menentang Singapura di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
"SINGAPURA merupakan salah satu pasukan hebat di Asia Tenggara, namun kami akan mempamerkan aksi terbaik apabila beraksi dengan mereka pada perlawanan Piala Sultan Selangor nanti, lapor NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.

Itu janji penolong jurulatih The Red Giant, P Maniam pada perlawanan menentang pasukan pilihan Singapura di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Maniam memberitahu, berdasarkan rekod pertemuan lalu, kejohanan yang diperkenalkan pada 2001 itu menyaksikan kedua-dua pasukan sentiasa tampil dengan aksi cukup sengit.

“Kita tahu Singapura satu pasukan yang kuat lebih-lebih lagi mereka bakal mempertaruhkan empat pemain import.

"Tapi, saya percaya, dengan sokongan padu daripada peminat termasuk kebolehan jurulatih (Mehmet Durakovic), kita mampu mempertahankan gelaran itu pada Sabtu ini.

"Cuma apa yang saya harapkan, pemain akan mengembalikan tahap kecergasan dan berusaha untuk membantu Selangor meraih kejayaan," katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, Maniam juga percaya dengan kehadiran pemain jemputan dari Indonesia, Elie Aiboy serta kehadiran beberapa pemain seperti Farizal Marlias dan Azmi Muslim mampu membantu pasukan Gergasi Merah itu untuk mencapai kemenangan pada kejohanan edisi ke-11 itu.

"Selain mereka, kita juga bakal mendapatkan kembali khidmat beberapa pemain yang sebelum ini membantu negara pada Sukan Asia termasuk menyertai pasukan kebangsaan.

"Kehadiran Bunyamin Omar, Nazmi Faiz, S Kunanlan, Hazwan Bakri akan memperkuatkan lagi barisan kesebelasan utama nanti," ujarnya.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 24.9.14

Wednesday 24 September 2014

MB Selangor uji kelangsungan PR


A KADIR JASIN
25 September 2014
 Azmin Ali
Azmin Ali 
SAMA ada PR berada di ambang kemusnahan atau sedang memasuki zaman baru, bergantung kepada reaksinya terhadap pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor hari ini (kelmarin).

Yang pasti beliau bukanlah pilihan sukarela PKR. Beliau lebih berupa kehendak Istana. PKR terpaksa merestui pencalonan beliau di saat-saat akhir setelah segala usaha “memaksa” istana menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal tidak berhasil.

Kalau PKR boleh bertolak-ansur dan menerima ketentuan ini dengan kewarasan (wisdom), Mohamed Azmin boleh menjadi MB tanpa gangguan dan boleh membuktikan sama ada beliau mampu atau tidak mentadbir Selangor yang telah mengorbankan banyak MB.

Tetapi kalau PKR masih berkeras dan berdendam, besar kemungkinan Mohamed Azmin akan menjadi seorang lagi MB Selangor yang dilanda sial dan PR menjadi semakin tidak relevan kepada rakyat Selangor.

PKR dan penyokong fanatik Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu-gugat kedudukan Mohamed Azmin seperti yang mereka lakukan terhadap Abdul Khalid Ibrahim dalam masa beberapa bulan terakhir ini.

Harapan Mohamed Azmin satu saja – keakraban dan taat setia beliau yang begitu lama dan tidak berbelah bahagi terhadap Anwar. Beliau begitu sabar dan pasrah dikutuk, dicaci dan dimaki hamun semata-mata kerana taat dan setia kepada Anwar.

Selama 16 tahun Anwar di dalam Umno dan sepanjang Mohamed Azmin menjadi pegawai peribadinya, saya telah melihat dan mendengar sendiri bagaimana Mohamed Azmin difitnah, dicaci dan dimaki kerana kesetiaannya. Namun beliau tetap setia.

Kalau PKR masih berkeras mahu memaksakan kehendaknya ke atas semua pihak, khususnya pengundi Selangor, semata-mata kerana mahukan dinasti Anwar, saya rasa pengundi dan rakyat jelata Selangor perlu menimbang semula sokongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Drama dan lawak politik Selangor di bawah PR tidak lagi lucu. Sejak tercetusnya krisis MB Selangor, parti-parti PR nampak seakan-akan orang mabuk todi dan gian ganja. Ia juga menguji kebijaksanaan dan keberkesanan Anwar sebagai ketua atas nama (de facto) PR.

Kalau PKR, Pas dan DAP masih berasa bertanggungjawab terhadap pengundi yang memilih mereka dan pembayar cukai yang memberi upah kepada mereka maka mereka perlulah berhenti membuat lawak. Jenaka mereka tidak lucu lagi.

Dan Pas yang calar-balar terkena ledakan dalaman PKR dan dicaci cerca oleh DAP perlulah memikirkan semula bentuk perkongsiannya dengan dua parti liberal itu. Sangat hodoh dan memalukan apabila Pas bercakaran sesama sendiri umpama ayam jantan dalam serkap semata-mata kerana acahan PKR dan DAP.

Sebagai parti berideologikan Islam dan tertua di kalangan parti-parti PR, Pas tidak sepatutnya membiarkan dirinya diperalatkan. Wallahualam.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 25.9.14

Kenaikan gaji penjawat awam tak benar


25 September 2014
 JPA
 JPA
PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang tersebar luas melalui media sosial.

JPA dalam kenyataan di sini memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita berkenaan sekiranya ada menerimanya.

Berita yang mendakwa kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji baharu mulai 1 Januari 2015 didapati tersebar secara meluas di laman sosial dan ruang maya. – Bernama

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 25.9.14

Sukar tentu gear punca Azizulhasni terlepas pingat


24 September 2014
 Pelumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang gagal memintas kepantasan pelumba China, Bao Saifie dalam penentuan pingat gangsa dalam acara pecut lelaki di Velodrom Antarabangsa Incheon pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon hari ini. - Foto Bernama
Pelumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang gagal memintas kepantasan pelumba China, Bao Saifie dalam penentuan pingat gangsa dalam acara pecut lelaki di Velodrom Antarabangsa Incheon pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon hari ini. - Foto Bernama Pelumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang gagal memintas kepantasan pelumba China, Bao Saifie dalam penentuan pingat gangsa dalam acara pecut lelaki di Velodrom Antarabangsa Incheon pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon hari ini. - Foto Bernama

KESILAPAN percaturan gear berikutan cuaca mendung menyebabkan jaguh trek negara Azizulhasni Awang gagal meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki pada Sukan Asia ke-17 di sini, hari ini.
   
Pelumba dengan nama jolokan 'The Pocketrocket Man', sekadar mendapat tempat keempat selepas tewas kepada pelumba China, Bao Saifel 2-1 dalam penentuan gangsa.
   
Terdahulu, pelumba berusia 26 tahun itu gagal ke final selepas kalah 2-0 kepada pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata pada saingan separuh akhir.
   
"Kecewa dan sedih sebab saya datang dengan penuh semangat. Rasa semua okay dan sasaran untuk bersaing pingat emas.
   
"Mungkin silap menggunakan gear kerana susah nak ramal hari ini sebab cuaca mendung dan keadaan angin tidak menentu.
       
"Saya masih pakai gear yang sama semalam. Lepas habis perlumbaan, baru  dapat tahu pelumba Jepun itu pakai gear lebih besar," katanya.
   
Katanya beliau juga kecewa kerana gagal menghadiahkan pingat seperti yang dijanjikan kepada anak kesayangan beliau, Amna Maryam yang berusia hampir dua tahun.
   
"Insya-Allah, saya akan sumbang pingat dalam acara keirin," katanya yang akan mempertahankan pingat emas dalam acara kegemarannya itu esok. - Bernama
Ketua pasukan Nadia Abdul Rahman berkata, rakan sepasukannya telah melaksanakan tugas dengan baik dan perlu meraih kemenangan ke atas India Jumaat ini andai mahu mencapai sasaran ditetapkan.

"Kami telah melakukan yang terbaik buat pasukan cuma tidak dapat membuat jaringan besar ke atas Thailand.

"Selepas ini kami perlu meningkatkan keupayaan pasukan terutama pada jentera serangan apabila menentang India," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia memulakan saingan dengan gerakan tersusun terutama ketika melancarkan serangan di kawasan D lawan.

Gol pertama negara diraih menerusi Fazilla Sylvester Silin pada minit ke-24 hasil jaringan pukulan sudut penalti.

Malaysia tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan apabila menambah jaringan pada minit ke-27 menerusi pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan dengna baik oleh Siti Noor Amarina Ruhani.

Gol tunggal Thailand hadir pada minit ke-53 hasil gol padang Tikhamporn Sakunpithak. - UTUSAN
SUMBER

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140925/su_07/Anak-buah-Nasihin-raih-kemenangan-sulung#ixzz3EI9CH4kh © Utusan Melayu (M) Bhd