Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan
Siti A’isyah Sukaimi
Putrajaya: “Tarikh 9 Oktober
dipilih selepas mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik termasuk
percetakan dan pengedaran,” kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair
Mohamad Yusof, semalam.
Beliau berkata demikian ketika
mengumumkan tarikh itu untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di
seluruh negara menduduki semula kertas ujian Matematik 015/1; 025/1 dan 035/1
dan Bahasa Tamil 036 dan 037 selepas soalannya ketika peperiksaan 10 September
lalu didapati turut bocor.
Ia kebocoran subjek ketiga dan
keempat peperiksaan UPSR tahun ini kerana sebelum ini semua calon diarah
menduduki semula peperiksaan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2 serta kertas Sains
pada 30 September selepas kebocoran lebih awal dikesan.
Dr Khair dalam sidang media semalam
berkata, pihaknya memutuskan kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil yang
diduduki calon UPSR pada 10 September lalu dibatalkan dan perlu diduduki
semula.
DR Khair (tengah) dan Madinah
(kiri) pada sidang media di Kementerian Pendidikan, Putrajaya, semalam.
Menurutnya, keputusan itu
dibuat bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan selain menjamin integriti
dan kredibiliti keputusan UPSR.
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
Sumber-
Artikel ini disiarkan MYMETRO pada
: 2014/09/23
No comments:
Post a Comment