6 September 2014
Ong Kim Swee Ong Kim Swee
JURULATIH Harimau Muda A, Datuk
Ong Kim Swee mengugurkan Bobby Gonzales, Mohamad Firdaus Muhamad, Mohammad
Ridzuan Abdunloh Pula dan Mohamad Faizat Mohamad Ghazli dalam senarai skuad
kebangsaan ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.
Kim Swee berkata nasib seorang
lagi pemain bergantung kepada status kecederaan bahagian belakang yang dialami
oleh A.Thamilarasu pada perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Yemen di
Stadium Shah Alam, hari ini.
"Saya sebenarnya terpaksa
memilih antara Farhan (Mohd Nor Farhan Mohamad) dan Bobby...kalau diberi
peluang saya mahu memilih kedua-dua sekali namun Farhan boleh beraksi di posisi sebelah kanan dan
kiri.
"Pemain akan bertolak ke
China esok untuk satu lagi perlawanan persahabatan sebelum ke Korea,"
katanya kepada pemberita selepas pasukannya kalah 1-0 kepada Yemen.
Mengulas kekalahan tersebut,
Kim Swee berkata skuad negara masih tumpul di bahagian serangan namun yakin
dapat mengatasi kelemahan itu sebelum ke Incheon.
"Secara keseluruhan saya
berpuas hati dengn persembahan pasukan. Saya nampak skuad ada beberapa
kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya pada bahagian serangan,"
katanya.
Selepas ini, skuad negara
sekali lagi diuji menerusi perlawanan persahabatan dengan China pada 10 Sept
ini sebelum berlepas ke Incheon.
Pada Sukan Asia, Malaysia
berada dalam Kumpulan A dan akan menentang Korea Selatan pada aksi pembuka
tirai pada 14 Sept nanti sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan
bersama Arab Saudi dan Laos.
Mengikut format pertandingan,
dua pasukan teratas daripada setiap lapan kumpulan layak ke pusingan kedua. -
Bernama
sumber-Sinar Harian online 7.9.14
No comments:
Post a Comment