Pemain
Kedah, Billy Mehmet (tengah) membuat percubaan ke arah gol namun bola berjaya
ditangkap oleh penjaga gol Perak, Hairol Fazreen (jersi hijau) dalam perlawanan
peringkat Kumpulan B di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi. Kedah menang
2-0. - BERNAMA
Advertisement
KUALA
LUMPUR - Kedah dan Selangor berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala
Malaysia pada hari yang menyaksikan lima pasukan merebut peluang pada hari
terakhir persaingan peringkat kumpulan malam tadi.
Selain
dua bekas juara itu, Perak, Terengganu dan Sime Darby turut bersaing dengan
syarat mereka perlu menang ke atas lawan masing-masing.
Namun
pada akhirnya Kedah, yang sebelum perlawanan menghuni tempat ketiga Kumpulan B
mengecewakan pendahulu Perak apabila mengatasi Bos Gaurus 2-0 di Stadium Darul
Aman, Alor Setar.
Gol-gol
skuad Helang Merah diperoleh menerusi Billy Mehmet pada minit ke-74 dan Baddrol
Bakhtiar pada minit ke-77 sekali gus menjuarai Kumpulan B, setelah satu lagi
pasukan pencabar Terengganu seri dengan Sarawak.
Keputusan
itu bermakna Kedah akan menentang naib juara Kumpulan C, Kelantan di suku akhir
Oktober nanti.
Terengganu
terpaksa berhempas-pulas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu tetapi keputusan seri tanpa jaringan dengan Sarawak memadai buat
mereka untuk ke suku akhir.
Menguasai
sebahagian besar aksi pada babak pertama, tuan rumah bagaimanapun dihampakan
oleh kegagalan rangkaian penggempur mereka iaitu Norfarhan Mohamad, Abdul Manaf
Mamat dan Ashaari Shamsudin menyempurnakan deretan peluang terhidang di depan
pintu gol pelawat.
Pada
Oktober nanti, ujian getir menanti skuad Penyu kerana bakal berdepan dengan
juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim pada suku akhir.
Sementara
itu di Stadium Shah Alam, jaringan tunggal Paulo Rangel pada minit ke-25 sudah
cukup buat juara 32 kali, Selangor untuk mengiringi PDRM dari Kumpulan D ke
suku akhir dengan kemenangan 1-0 ke atas T-Team.
Dengan
status naib juara Kumpulan D, Red Giants bakal berdepan Felda United pada
saingan suku akhir sementara PDRM akan menentang juara bertahan Pahang.
Di
Stadium Tuanku Abdul Rahman, PDRM yang telah layak ke suku akhir untuk bertemu
Pahang hanya menghadapi sedikit kejutan tetapi akhirnya menjinakkan Sime Darby
semalam apabila berjaya membenam mereka 3-1.
Walaupun
ketinggalan 1-0 selepas Mateo Roskam menyempurnakan sepakan penalti pada minit
ketujuh namun anak-anak buah Azman Adnan enggan menyerah kalah dan Asfaq Ali
memulakan kebangkitan mereka menerusi gol penyamaan pada minit ke-21 diikuti
jaringan Chad Charles Sauza (minit 81) dan Bobby Gonzales (minit 89).
SUMBER
Artikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140904/su_02/Kedah-Selangor-Terengganu-iringi-PDRM-ke-suku-akhir#ixzz3CMG8rxJW
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment