Kene sabotaj?
Oleh Aziman Rosdi
Surabaya: Tiada layanan kelas
pertama buat skuad Harimau Malaya yang tiba di Surabaya, Indonesia semalam
apabila sesi latihan mereka diadakan dalam stadium gelap.
Skuad kendalian Dollah Salleh
mengadakan sesi latihan pertama di sebelah petang di Stadium Gelora Delta
Sidoarjo, namun ia tidak seperti diharapkan menjelang aksi persahabatan dengan
Indonesia jam 6 petang waktu Malaysia esok.Sesi latihan yang sepatutnya
diadakan pada jam 6 petang (waktu Malaysia) semalam dilewatkan setengah jam
atas permintaan jurulatih Indonesia Alfred Riedl sebelum lampu stadium pula
secara tiba-tiba terpadam beberapa minit ketika sesi latihan diadakan,
seolah-olah ada unsur sabotaj.
Bagaimanapun Dollah tetap
tenang kerana beliau dan anak buahnya bersedia dengan segala tekanan.
LATIHAN skuad negara lewat
setengah jam dari waktu asal.
“Mereka mahu mengadakan latihan
lebih hari ini (semalam) dan kami berlatih agak lewat. Saya sudah biasa dan ia
bukan satu masalah,” katanya.Bagaimanapun di sebalik
ketenangan itu terbit kegusaran di hati pengendali berusia 51 tahun itu apabila
pemain pertahanan tengah, Mohd Muslim Ahmad mengalami kecederaan otot.
“Saya sebenarnya mahu melihat
keadaan Muslim pada sesi latihan ini. Saya harap kecederaannya tidak serius.
“Saya mahu menggunakan tiga
pemain pertahanan tengah dan jika dia tidak cergas saya masih mempunyai Ronny
Harun sebagai pengganti,” kata Dollah.
Ketika ditanya mengenai kekuatan
Indonesia Dollah berkata: “Saya tidak mempunyai banyak maklumat mengenai
pasukan Indonesia, tapi kami sudah bersedia untuk memberi tentangan.”
Aksi menentang skuad Garuda
perlawanan kedua kendalian Dollah selepas dilantik jurulatih, menggantikan
Datuk K Rajagobal pada 1 Julai lalu.
Sebelum ini anak buahnya tewas
1-4 di tangan Tajikistan pada perlawanan persahabatan sebagai persiapan ke
Piala AFF pada November.
Sumber-MYMETRO ONLINE 13.9.14
No comments:
Post a Comment