Ad

Friday 19 September 2014

Konsep dan Susun tapis Masyarakat Indonesia

1.2.2 Konsep dan Susun tapis Masyarakat Indonesia
       Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.Masyarakat di kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai susun lapis tersendiri tetapi secara keseluruhannya terdapat hierarki atau susun lapis berbentuk piramid.

       Di Jawa Tengah, terdapat dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Lapisan teratas terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan. Golongan diperintah menduduki lapisan bawah yang terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, pekerja, pedagang, dan hamba.

       Raja dan kerabatnya mentadbir kawasan yang selalunya terdiri daripada kumpulan etnik mereka sendiri. Kerabat diraja membantu raja dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja dipandang sebagai pusat kosmos.

       Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di kawasan Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan, Maluku, dan Kalimantan, susun lapis masyarakat peribumi agak jelas.Golongan pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

       Di Jawa, raja, kerabat diraja, dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagikan mengikut darjat keturunan yang masingmasing mempunyai status dan prestij sendiri dalam masyarakat.Dalam masyarakat, status Priyayi dianggap lebih tinggi dan dihormati daripada status golongan lain. Priyayi merupakan golongan berkedudukan di Jawa seperti pegawai tinggi dalam kerajaan.

       Rakyat yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah. Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang kegiatan ekonomi bagi seluruh kawasan. Indonesia merupakan sebuah negara agraria, maka kegiatan pertanian adalah lebih penting berbanding bidang lain.

       Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan mereka. Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang.Di Jawa, lapisan masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap bahasa yang berbeza, gelaran, dan peraturan perkahwinan.Pada akhir abad ke-19, susun lapis masyarakat di fawa agak kompleks apabila muncul satu golongan pegawai kerajaan dan profesional kesan daripada perkembangan pendidikan. Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi memenuhi bidang perkhidmatan dalam kerajaan dan bidang perdagangan.
Kesimpulan

      Susun lapis masyarakat peribumi Vietnam lebih jelas berbanding dengan yang terdapat di Indonesia.Masyarakat peribumi di Vietnam dan Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja lmaharaja mereka.Selepas penjajahan Barat, susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia mula melalui perubahan. Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati (Indonesia) dan Mandarin (Vietnam) merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan Barat.

No comments:

Post a Comment