Tuntut aksi terbaik
Oleh Faizul Azlan Razak
Kuala Terengganu: Pengendali
Harimau Malaya, Dollah Salleh menuntut semua 27 pemain yang akan menentang
Terengganu dalam aksi persahabatan amal malam ini supaya memberikan persembahan
terbaik.
Menurutnya, biarpun hanya
perlawanan amal untuk mengutip kutipan derma, semua pemain harus menyajikan
aksi terbaik mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk disenaraikan
dalam 22 pemain terakhir bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura,
pada November.
“Saya mengakui sudah ada
bayangan 22 pemain, namun perlu tunggu hingga malam esok kerana semua 27 pemain
yang ada dalam skuad ini berpeluang disenaraikan kerana semua mempunyai
kelebihan dan kelemahan masing-masing,” katanya, semalam.
Dollah berkata, beliau akan
menumpukan latihan penuh selepas senarai 22 pemain itu diumumkan kerana tidak
memiliki banyak masa untuk menyiapkan diri bagi menghadapi temasya dwitahunan
itu.
KEM latihan pusat Piala Suzuki
AFF bermula 6 Oktober.
Kem latihan pusat Piala Suzuki
AFF bermula pada 6 Oktober.
Pada perlawanan bertemu skuad
bimbingan Abdul Rahman Ibrahim, Dollah merancang untuk menurunkan semua pemain
kecuali Mohd Hafiz Kamal dan R Gopinathan yang cedera.
Artikel ini disiarkan pada :
2014/09/24
Sumber-
Artikel ini disiarkan MYMETRO pada
: 2014/09/24
No comments:
Post a Comment