REAKSI Jurulatiah Pasukan
Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee selepas tewas kepada pasukan Korea, 3-0 pada
saingan peringkat kumpulan Sukan Asian Incheon 2014 di Stadium Munhak.. - Foto
Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih
skuad Bawah 23 tahun Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengakui jurang dimiliki
skuad bimbingannya dengan tuan rumah, Korea Selatan selepas tewas 3-0 dalam
perlawanan pertama Kumpulan A di Sukan Asia, Incheon, semalam.
Malah, ia turut dibuktikan dengan statistik
apabila hanya dua percubaan tepat dalam tempoh 90 minit berjaya dilakukan anak
buahnya ke gawang Korea pada aksi di Stadium Munhak itu dengan lawan memiliki
rentetan peluang terbaik.
Sekalipun pedih, kekalahan itu diakui Kim
Swee tidak mengganggu perancangannya untuk kembali meraih kemenangan ke atas
Laos pada perlawanan kedua peringkat kumpulan pada 17 September ini sebelum
berdepan satu lagi pasukan pilihan, Arab Saudi pada aksi terakhir kumpulan.
"Fokus sekarang adalah hadapi Laos dan
bukannya Arab Saudi kerana kita perlu menang dengan Laos terlebih dulu. Saya
tidak mahu ambil pusing mengenai perlawanan antara Korea Selatan yang akan
menentang Arab Saudi pada hari sama.
"Kita tiada pilihan lain selain menang ke
atas Laos. Dan saya mahu pemain lupakan kekalahan ini dan bangkit untuk
menghidupkan kembali peluang," kata Kim Swee.
Kemenangan ke atas Laos amat ditagih dan
seandainya gagal dilaksana, perlawanan menentang Arab Saudi boleh dianggap aksi
pelengkap jadual.
Sumber-Berita Harian Online
15.9.14
No comments:
Post a Comment