Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
DOLLAH (dua dari kanan) memberi
taklimat kepada barisan pemainnya sebelum memulakan latihan di padang Wisma FAM
di Kelana Jaya semalam.
AKSI persahabatan menentang
Indonesia di Surabaya pada Ahad ini bukan perlawanan eksperimen.
Demikian tegas jurulatih
Harimau Malaysia, Dollah Salleh semalam.
Menurut Dollah, dalam bola
sepak tiada istilah eksperimen, sebaliknya pemain yang diberi tanggungjawab
harus bersedia untuk beraksi pada tahap terbaik.
“Walaupun ia sekadar perlawanan
persahabatan, para pemain hendaklah menampilkan aksi terbaik. Tiada masa untuk
buat eksperimen,” tegasnya.
Apa yang pasti, bekas jurulatih
Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mahukan para pemainnya memiliki sikap untuk
menang dalam apa juga perlawanan yang mereka harungi.
Pada penampilan pertama Dollah
bersama skuad Harimau Malaya, mereka tewas 1-4 kepada Tajikistan di Dushanbe,
Tajikistan pada 8 Ogos lalu.
Kini, Dollah terus bekerja
keras untuk membentuk satu skuad mantap dengan mencuba pelbagai kombinasi,
namun menegaskan bahawa langkahnya itu bukannya untuk melakukan eksperimen.
“Saya tidak berminat dengan
‘eksperimen’. Apa yang saya lakukan adalah mencari kesebelasan utama yang
benar-benar mantap.
“Dalam sesi latihan, saya telah
mencuba pelbagai kombinasi dan jelas, mereka memberikan satu kerjasama dengan
baik.
“Saya masih dalam fasa
pemilihan pemain dan perlu melihat aksi semua pemain terlebih dahulu
memandangkan masih ada yang beraksi bersama skuad Harimau Muda A di Sukan Asia.
“Seperti yang saya katakan
sebelum ini, saya serius untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap dengan
meneliti setiap perkembangan mereka (dalam saingan Piala Malaysia musim ini),”
katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.
Dalam perkembangan sama, Dollah
yang menyisihkan Razman Roslan, S. Chanturu, Mohd. Badhri Mohd. Radzi dan Abdul
Manaf Mamat ke Surabaya ekoran masalah kecederaan, mengakui beliau teruja
dengan kehadiran pemain-pemain utama menyertai kem skuad kebangsaan.
“Sebelum ini (aksi menentang
Tajikistan), saya tidak memiliki banyak pilihan pemain tetapi aksi ini
(menentang Indonesia), saya gembira kerana ramai pemain utama telah menunjukkan
perkembangan positif.
“Kali ini, saya sedang berusaha
membentuk satu pasukan kuat dan saya juga tidak mahu ketinggalan memuji
pemain-pemain veteran seperti Shukor Adan yang masih boleh beraksi di peringkat
tertinggi.
“Saya mengharapkan kami bebas
daripada masalah kecederaan kerana selepas ini kami ada dua lagi aksi
persahabatan untuk diharungi iaitu menentang Kemboja dan Terengganu pada 20 dan
24 September depan,” katanya.
Sumber-Kosmo online12.9.14
No comments:
Post a Comment