KOTA
BHARU - Kelantan bertekad menutup saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan
dengan menumpaskan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi di Stadium Sultan
Muhammad Ke-IV, malam ini.
Meskipun
turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan,
pengendali The Red Warrior, Goerge Boateng tetap optimis pasukannya mampu
melakar kemenangan.
Katanya,
Kelantan tetap akan mempertaruhkan barisan terkuat bagi memastikan tiga mata
penuh menjadi milik mereka pada perlawanan terakhir kumpulan C itu.
Ujar
Boateng, antara pemain yang tidak akan diturunkan pada perlawanan hari ini
adalah Zairul Fitree Ishak, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Mohd. Farisham
Ismail.
"Zairul
masih digantung perlawanan manakala Wan Zaharul dan Mohd. Farisham pula
mengalami kecederaan.
"Saya
akan membuat beberapa perubahan dalam pasukan, namun kita masih ada barisan
pemain yang mampu mengisi kekosongan tonggak berkenaan.
"Kita
sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan JDT. Jadi kita tidak boleh lagi
kalah kepada mereka dan inilah peluang terbaik untuk menebus semula kehampaan
selepas tumpas 0-1 pada perlawanan sebelum ini," katanya kepada Utusan
Malaysia di sini semalam.
Boateng
memberitahu, moral pemainnya kini berada pada tahap terbaik ekoran kejayaan
layak ke suku akhir serta menumpaskan Pulau Pinang 3-1 pada pertemuan tempoh
hari.
Katanya,
dia mahu barisan pemainya mempamerkan semangat juang tinggi seperti yang
ditonjolkan ketika menumpaskan Pulau Pinang dalam perlawanan sebelum ini.
"Jika
kami dapat menewaskan JDT, bererti kami dapat 12 mata sekaligus menghampiri
sasaran saya untuk mengumpul 14 mata sebelum saingan Piala Malaysia,"
katanya.
"Adalah
lebih manis jika kami dapat menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan
kemenangan," katanya.
SUMBER-
Artikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140902/su_07/The-Red-Warrior-tetap-bertekad-tundukkan-JDT---Boateng#ixzz3C74698BO
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment