Daripada Aziman Rosdi di Surabaya
Ia hari cukup derita buat Malaysia apabila skuad Harimau Malaya kecundang 0-2 di tangan Indonesia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Gelora Delta Sidoarjo malam tadi.
Kekalahan itu menjadi pelengkap kepada kekecewaan peminat bola sepak tanah air apabila dua pasukan negara bawah 23 tahun (B-23) dan B16 turut mengalami nasib yang sama semalam dalam kejohanan berasingan.
Bagi skuad senior negara, keputusan itu pastinya memberi tamparan hebat buat pengendali baru Dollah Salleh yang masih mencari kemenangan pertama selepas tumpas kepada Tajikistan 1-4 dalam perlawanan persahabatan bulan lalu.
Namun, Dollah tidak menyesal dengan tindakan beraninya menurunkan pemain senior yang sudah lima tahun tidak menyarung jersi kebangsaan iaitu kapten Mohd Shukor Adan, penjaga gol Azizon Abd Kadir serta pertahanan Afif Amiruddin dan tengah Ahmad Ezrie Shafizie Sazali yang tampil buat kali pertama bersama skuad utamanya.
AZMI Muslim (kanan) mengasak pemain Indonesia, Anindito Wahyu Erminarno dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya.
“Saya baru seminggu melatih pasukan ini dan masih mencari rentak permainan yang sesuai. Pada separuh masa pertama agak seimbang dan kami mempunyai dua, tiga peluang untuk menjaringkan gol tapi tidak berhasil,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Sumber-
Artikel ini disiarkan MYMETRO pada : 2014/09/15
No comments:
Post a Comment