Ad

Monday, 15 September 2014

EPL: Van Gaal terus tagih aksi cemerlang Di Maria


 
PEMAIN Manchester United, Angel Di Maria dihalang pemain dari pasukan Queens Park Rangers, Matt Phillips dalam perlawan Liga Perdana Inggeris. - Foto AP
MANCHESTER: Louis van Gaal menggesa bintangnya, Angel di Maria untuk terus 'mengganas' selepas cemerlang membantu Manchester United mencatat kemenangan 4-0 ke atas Queens Park Rangers (QPR) pada aksi sulungnya di Old Trafford.

Bintang Argentina yang tiba ke United dengan memecahkan rekod pembelian kelab itu membayangi penampilan sulung penyerang sensasi, Radamel Falcao apabila meledak satu gol sambil menjadi perancang kepada dua gol United.

Sekalipun tidak mampu beraksi 90 minit penuh apabila dikeluarkan pada minit ke-82 selepas berdepan kekejangan, Van Gaal menyifatkan pemain bernilai $98 juta (RM314.2 juta) itu mampu beraksi lebih baik.

"Di Maria tidak apa-apa, namun dia berdepan kekejangan. Secara normal, kamu perlu bermain 90 minit tanpa kejang, namun ia juga adalah simbol positif dia memberikan segala-galanya.

"Apabila kamu menjadi perancang kepada tiga gol dan kamu turut (menjaringkan) gol kami sendiri, kamu tidak boleh bermain dengan buruk. Namun dia juga melepaskan beberapa peluang terhidang, jadi kami boleh melakukan lebih baik. Seperti juga Di Maria.

"Bolehkan kamu menjadi lebih baik apabila kamu menjadi punca kepada tiga gol dan menjaringkan salah satu daripadanya? Ia hampir mustahil.

"Namun saya adalah jurulatih dan saya sudah menganalisa perlawanan dan saya dapat melihat perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pasukan," kata bekas pengurus Belanda itu.

Di Maria membuka tirai jaringan United pada minit ke-24 menerusi satu sepakan percuma cantik sebelum mencetus gerakan kepada jaringan ketiga United menerusi kapten, Wayne Rooney dan gol keempat daripada Juan Mata pada babak kedua.

Selain Falcao, Van Gaal turut menyenaraikan dua pemain barunya, Marcos Rojo dan Daley Blind, penampilan pertama mereka. – AFP

Sumber-Berita Harian Online 15.9.14

No comments:

Post a Comment